blink2

Wednesday, 30 November 2011

admire kat sorang tuh :)


Assalamualaikum suma  J


Hari ni nisah hepy sangat..!!!nisah terselisih dengan seseorang yang nisah admire tau tak!!!haha..nisah admire dia sebab dia kahwin di usia muda, sama umur dengan nisah, 19..suami dia pon 19 tahun jgk..best kan??nisah pon tringin jugak nak kawin muda..hurm~tapi tadi nisah tak tegur dia..segan seyh..dia tak kenal nisah, tapi nisah kenal dia, tapi kat blog je..nisah follow blog dia..korang baca la blog dia..best sangat tau tak!!!haha..kalo nak baca macam na dia dapat kawin, klik kat SINI..cari entry ni ‘kini aku bergelar seorang isteri’..nisah berharap nisah dapat la berkenalan dengan dia dengan lebih dekat lagi..hehe..kalo dah kenal, senang cikit nak Tanya tips2 kawin awal..kan???ahaks~  *aura gatai nak kawin awal melanda aku lagi*  ;P

p/s:tanda seru banyak2 tu menunjukkan aku sangat excited..haha

ok..assalamualaikum~selamat malam~


signature by annyss92

Saturday, 26 November 2011

jom la sama-sama berhijrah!

assalamualaikum
helo


masuknya waktu maghrib tadi, maka masuk lah tahun baru maal hijrah yang ke 1433..anda baca tak doa akhir tahun and doa awal tahun??kalo kita baca doa akhir tahun syaitan berkata :


"kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak adam pada setahun ini dan ALLAH akan binasakan aku satu saat jua. dengan sebab membaca doa ini, ALLAH ampunkan dosanya setahun.."


and kalo kita baca doa awal tahun, syaitan akan berkata :


"telah amanlah anak adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan 2 malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"


best kan?? semoga dengan bermulanya tahun baru maal hijrah ni, maka adanya azam baru..marilah kita bersama2 membuat satu perubahan ke arah yang lebih baik *banyak pon tak pa :)* semoga bertambah amalan kita and sama-sama mendekatkan diri kepadaNYA..kurangkan dosa, tambahkan pahala.. =)


alhamdulillah,,tadi kita mulakan tahun baru ni dengan bersembahyang jemaah..moga dapat istiqamah dan di jadikan amalan insyaALLAH  :) 


untuk perempuan, kalo yang tak labuhkan tudung, jom la labuhkan, jangan tinggikan sanggul, jaga tingkah laku, jangan gedik sangat *nampak tak mature kalo gedik..serius!* pakaian longgarkan, labuhkan hingga bawah punggung, pakai stokin kaki, pakai stokin tangan, jaga percakapan, jaga mata, jaga nafsu, and macam2 lagi la..huhu..ni peringatan untuk saya jugak..tapi, niat kerana ALLAH and mestila ikhlas, bukan orang suruh *terpaksa*..semoga ALLAH terima perubahan kita ni insyaALLAH  :)


nk tau apa azam saya seterusnya?? saya nak kawin awal!!haha..kalo di izinkan dapat jodoh awal, insyaALLAH, dapat la nak kawin awal..oppss..hehe..semuanya bergantung pada ALLAH..kita merancang, tapi DIA yang tentukan, right?? doakan saya ada jodoh awal..hehe..*aura kawin awal melanda aku,,haha*
azam yang seterusnya  :  saya nk berjaya dalam kos yang saya dapat ni..moga dapat fokus dalam kelas and doakan saya dapat jd saintis..hehe  :) insyaALLAH  


sebenarnya banyak lagi azam saya tahun ni..tapi takkan nk bagitau semua kan??hehe..


tu je la nak di kongsi kat sini..


thanks for reading!  =p


assalamualaikum~
signature by annyss92

Friday, 25 November 2011

aku ingin menjadi sezuhud kamu

assalamualaikum
anneyong
hai

nisah nk share something hari ni..=)
nisah baru habis baca novel sejarah srikandi Islam yg bertajuk "Rabiatul Adawiyah, Perindu Cinta Abadi"
ni ha muka depan novel ni  :


nisah kan tak berapa tau pasal srikandi2 islam ni, ilmu pengetahuan saya sangat cetek. jd salah satu cara nak tambah ilmu ialah dengan membaca. seronok ooo crita dia..best sangat..meh nisah nk bagitau sinopsis cerita dia..


Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat menjadi wali. punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun hatinya tak mampu di miliki lelaki. biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik, Rabiatul kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk ALLAH..(beliau sangat mencintai ALLAH sehingga dia tak da hati untuk lelaki lain,,hatinya hanya untuk ALLAH,,mampukah kita mencintai ALLAH sebagaimana beliau?? masyaALLAH  )


kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin (bongsu). beliau di namankan rabiah yang bermakna nombor 4. beliau di uji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. tidak cukup dengan itu, beliau diculik pula dan di jadikan hamba.


tidak sedikit Rabiah kesal. untuknya. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk dirinya. tiada sebaik-baik pelindung selain ALLAH dan tiada tempat mengadu selain ALLAH. sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.


itulah sinopsisnya (dari belakang buku) hehe


antara kata-kata beliau  "carilah akhirat nescaya dunia mengejarmu.sekiranya hanya dunia yang kamu idamkan, maka hancurlah dunia dan akhiratmu "


cara beliau khusyuk dalam solat ialah dengan membayangkan seolah-olah itulah solatnya yang terakhir, dalam masa yang sama dia merasakan malaikat Izrail sedang menanti di sisi untuk mengambil nyawanya sejurus selesai solat itu..


that's all from me =)


moga-moga kita sama-sama dapat pengajaran  =)


assalamualaikum ;p


signature by annyss92







Thursday, 17 November 2011

pengisian rohani :)

assalamualaikum.. :)


sihat ke? Alhamdulillah..setakat arini kita masih di beri ALLAH kesihatan yang baik untuk beribadah kepadaNYA dengan sempurna  :)  Arini nisah nak share something dengan kengkawan sume..
semalam nisah ada join group ni, lebih kurang usrah jugak la tapi under surau kolej nisah, kolej bunga raya a.k.a SUBUR stands for Surau Bunga Raya. semalam memang best la sbb nisah tak penah lagi join aktiviti2 keagamaan macam usrah ni kt skola dulu, al maklum la, skolah harian biasa je and nisah tak duduk asrama..kt matrik pon tak join sebab banyak urusan dunia lain *astaghfirullah, pentingkan dunia aku ni* and tak dak kesedaran lagi..sekarang nisah rasa jiwa ni kosong, and then baru terfikir nak join usrah..so, nisah pon join..alhamdulillah, ALLAH bukakan hati nisah ke jalanNYA.. :) 
semalam banyak benda yang di bincangkan and tak terlintas pon di fikiran..yang terkesan skali yang ni la :






contohnya : masa zaman kanak-kanak dulu, kita suka  panjat pokok la, main aci ligan, kayuh basikal laju2, pas 2, mak kita mesti kata macam ni "jangan panjat pokok, nanti jatuh" or " jangan lari nanti jatuh " or " jangan kayuh basikal laju2 nanti jatuh"..hakikatnya, kita mmg suka buat semua tu kan?? tp benda 2 boleh mndatangkan keburukan kepada kita..


pas 2, ada lagi contoh kawan nisah,,dia memang mati2 tak mau mai unimas sbb jauh, sampai nangis2 (just like me,,haha)..pas 2 ayah dia cuma tanya 1 ja soalan kat dia, "kenapa akak mintak unimas", dia pon jawab la " akak tak mintak pon, tapi dapat kat sana". untuk pengetahuan semua, ayah dia sorang polis and dah penah brkhidmat kat suma negeri, kecuali sarawak..and memang ayah dia nak sangat pergi sarawak..di takdirkan, anak dia dapat belajar kat sarawak..so, impian ayah dia nak menjejakkan kaki kat sarwak ni pon tercapai la..see??sesuatu benda tu kita tak suka, tapi mendatangkan kebaikan. (macam surah An-Nisa kt atas tu)..


lepas habis sesi berdiskusi, AJK SUBUR ada buat makan2 cikit..huhu..1st time kot makan dalam talam..best giler..memang ni impian nisah dari matrik lagi, sekarang sudah tercapai..Alhamdulillah.. :) tapi syaratnya kita kena suap orang lain dulu..suap menyuap tu mengeratkan silaturahim..sangat best la walaupon ada orang yang kita baru kenal dalam group tu, tapi kita suap jugak..see??eratkan silaturahim kn? =)


P/S: 1)usrah ni melibatkan perempuan je..tu yang best, tak bercampur dengan laki =)
         2)saya dapat ilham untuk tulis entry ni masa tengah study subjek genetic,,saya tak brapa
             suka subjek ni, tp saya berazam akan menyukainya..hihi :)
         3)hujung minggu ni ada midsem test (TITAS and genetics) doakan saya dapat jawab and 
            di permudahkan  =)


nisah harap mesej nisah share ni jelas untuk suma  =)


kadang-kadang, ALLAH tak beri sesuatu apa yang kita nak (iaitu kehendak) tapi DIA berikan apa yang kita PERLU..ALLAH Maha Mengetahui segalanya  =)


terima kasih kerana sudi baca entry yang seberapa ni  :P


assalamualaikum  =)


signature by annyss92















Monday, 14 November 2011

salam sayang dari anakmu

mak, ayah,
sesungguhnya anakmu ini merinduimu
tapi apakan dayaku,
anakmu ini jauh di perantauan,
menuntut ilmu ALLAH yang hanya setitik cuma

mak, ayah,
anakmu ini rindukan belaian darimu,
sentiasa menasihatiku,
tak pernah jemu,
sesungguhnya anakmu ini bersyukur kerna 
ALLAH mengurniakan aku mak dan ayah yang sangat tabah dalam mendidikku 

mak, ayah,
anakmu ini sentiasa ingin menatap wajahmu
walaupun menampakkan garis-garis halus
tapi ianya sangat bererti bagiku
itulah tandanya jerih payah kamu dalam mendidikku

mak, ayah,
anakmu ini ingin menjadi anak yang solehah
sentiasa doakan kesejahteraan kamu berdua
anakmu ini tidak mahu menderhakaimu
maafkanlah aku sekiranya aku pernah berkata 'uh' padamu
maafkanlah aku sekiranya aku melawan cakapmu
kerna hati ini terpengaruh bisikan syaitan yang di laknat
maafkan aku mak ayah

mak, ayah, 
sejakku di perantauan,
baru aku mengerti pengorbananmu terhadap anak-anak
pintaku darimu cuma satu
doakanlah anakmu berjaya menjadi anak yang berguna
kerana doa mak ayah sangat mustajab di sisi ALLAH
 redhailah aku di sini
kerana ALLAH tak redha kecuali redha darimu mak ayahku
insyaALLAH nanti anakmu balik
anakmu ini akan pelukmu seeratnya

Ya ALLAH
 sampaikanlah rinduku pada mak ayahku yang amat di sayangi
CHE OM BINTI HAMID
MOHD YUSOF BIN OSMAN

my lovely face daddy

my lovely face ummi

i love them a lot!
:)
ikhlas dari hati sanubari anakmu :
signature by annyss92


Tuesday, 8 November 2011

~satu pengorbanan~



belum trlambat lg kan utk nisah ucapkan  "selamat hari raya aidiladha"..
nisah namakn entry ni satu pengorbanan sbb nisah pon berkorban xbalik beraya kt umah ngan family..nisah jauh d perantauan  *jauh la sangat,,sarawak ja pon, just over the laut china selatan sea..haha*
huhu..1st time kot..terkesan jgk la kt hati ni..
rndu gla kt family..huahuahua..
nangis kot msa dengar org takbir raya..
nasib baik bkn raya aidilfitri..
hmm..ok, cerita sal beraya di perantauan ni*bajet* kiranya 1st time la..
nisah beraya ngan kengkwn je..
tp best la,,suma senasib ngan nisah..hehe
bila tgk muka2 budak perantau ni, rasa kesian plak..ntah la nape ann..hihi
ni ada la gmbar cikit  c( :


 ni dalam dewan nk solat raya *unimas xde msjid besar, 2 yang wt kt dewan kot,(my assumption only yah)*
solat raya kt srwk kul 8 lebih kurang
bersama perantau
dr kiri: najah, me, ana, syud

syud is replaced by ikha :)


ni la perantau2..

tgk muka depa mcm sayu je..hukhuk

bersama coursemate :)

 cerita sal korban, unimas mengorbankan 6 ekor lembu..byk an? msti letih gla..
mana x nya, nk tumbangkan lembu 2 lg, nk ikat plak kaki, wt lubang lg utk darah mengalir..
caya lahh....
nk cita ni, ada sekor lmbu betina ni baru sampai, naik trak
pakcik yg bawak trak 2 mgkin xtau kot, ada ka patut dia bwk trak 2 dekat ngan lmbu yg dh sembelih
sepatutnya, xleh nmpak kan binatang yg dh sembelih kt binatang yg hendak di sembelih
apa lg, lembu yg atas trak 2 mengamok arr..gelisah..macam dh nk tumbang trak 2, goyang sana sini
lembu 2 siap tnduk, terajang besi kurungan 2..cek yg tgk ni pon takot..hihi
pakcik yg bawak trak 2 pon suwoh la org ramai brsurai dr tmpat 2, tp kami pegi jauh cikit je dr tmpat 2 *ketegaq nk tgk jgk*haha..
akhirnya, dlm 15 min kot, ntah la xtgk jam plak haha, lembu 2 berjaya di keluarkan dr trak 2, n berjaya di korbankan..konfom letih gila pakcik2 n kaum2 adam yg tlg 2..huhu
syabas..


ni la lembu yg mngamok 2

 pkul 2.30, baru mknn siap..kitaorg tggu jgk sbb kafe x bukak..haha
masa dok tggu 2, mmg kitaorg dh kebuluran dh sbb cuma mkn sepotong kuih je n air masa pg


sup tulang


xsia2 kami tggu, mmg sdp gla la,,perrgghhh..sampai mnjilat jari..
alhamdulillah

ya ALLAH, terima kasih
Egkau tkdirkan ak belajar jauh2 ada hikmahnya Ya ALLAH
aku sanggup belajar jauh semata2 nk menuntut setitik drpd ilmu Mu Ya ALLAH
moga2 Kau peliharalah ak di sini 
moga aku sentiasa berada di bwh rahmat Mu Ya ALLAH 
terima kasih Ya ALLAH
:)
asslamualaikum :)

word of the day
  • ketegaq = degil
  • cek = saya
signature by annyss92





welcome to me!!! (:

assalamualaikum..
saya blogger baru..ngeee~
saje2 nk create blog..ntah la, tetiba je rasa nk ada blog..hihihi
anyway,,salam ukhwah utk suma
p/s:bajet mcm dh da org kenal plak..kahkahkah
*sayamemangbudakperasan (:*

assalamualaikum  :)