blink2

Friday, 25 November 2011

aku ingin menjadi sezuhud kamu

assalamualaikum
anneyong
hai

nisah nk share something hari ni..=)
nisah baru habis baca novel sejarah srikandi Islam yg bertajuk "Rabiatul Adawiyah, Perindu Cinta Abadi"
ni ha muka depan novel ni  :


nisah kan tak berapa tau pasal srikandi2 islam ni, ilmu pengetahuan saya sangat cetek. jd salah satu cara nak tambah ilmu ialah dengan membaca. seronok ooo crita dia..best sangat..meh nisah nk bagitau sinopsis cerita dia..


Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat menjadi wali. punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun hatinya tak mampu di miliki lelaki. biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik, Rabiatul kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk ALLAH..(beliau sangat mencintai ALLAH sehingga dia tak da hati untuk lelaki lain,,hatinya hanya untuk ALLAH,,mampukah kita mencintai ALLAH sebagaimana beliau?? masyaALLAH  )


kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin (bongsu). beliau di namankan rabiah yang bermakna nombor 4. beliau di uji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. tidak cukup dengan itu, beliau diculik pula dan di jadikan hamba.


tidak sedikit Rabiah kesal. untuknya. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk dirinya. tiada sebaik-baik pelindung selain ALLAH dan tiada tempat mengadu selain ALLAH. sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.


itulah sinopsisnya (dari belakang buku) hehe


antara kata-kata beliau  "carilah akhirat nescaya dunia mengejarmu.sekiranya hanya dunia yang kamu idamkan, maka hancurlah dunia dan akhiratmu "


cara beliau khusyuk dalam solat ialah dengan membayangkan seolah-olah itulah solatnya yang terakhir, dalam masa yang sama dia merasakan malaikat Izrail sedang menanti di sisi untuk mengambil nyawanya sejurus selesai solat itu..


that's all from me =)


moga-moga kita sama-sama dapat pengajaran  =)


assalamualaikum ;p


signature by annyss92







No comments:

Post a Comment