blink2

Monday, 14 November 2011

salam sayang dari anakmu

mak, ayah,
sesungguhnya anakmu ini merinduimu
tapi apakan dayaku,
anakmu ini jauh di perantauan,
menuntut ilmu ALLAH yang hanya setitik cuma

mak, ayah,
anakmu ini rindukan belaian darimu,
sentiasa menasihatiku,
tak pernah jemu,
sesungguhnya anakmu ini bersyukur kerna 
ALLAH mengurniakan aku mak dan ayah yang sangat tabah dalam mendidikku 

mak, ayah,
anakmu ini sentiasa ingin menatap wajahmu
walaupun menampakkan garis-garis halus
tapi ianya sangat bererti bagiku
itulah tandanya jerih payah kamu dalam mendidikku

mak, ayah,
anakmu ini ingin menjadi anak yang solehah
sentiasa doakan kesejahteraan kamu berdua
anakmu ini tidak mahu menderhakaimu
maafkanlah aku sekiranya aku pernah berkata 'uh' padamu
maafkanlah aku sekiranya aku melawan cakapmu
kerna hati ini terpengaruh bisikan syaitan yang di laknat
maafkan aku mak ayah

mak, ayah, 
sejakku di perantauan,
baru aku mengerti pengorbananmu terhadap anak-anak
pintaku darimu cuma satu
doakanlah anakmu berjaya menjadi anak yang berguna
kerana doa mak ayah sangat mustajab di sisi ALLAH
 redhailah aku di sini
kerana ALLAH tak redha kecuali redha darimu mak ayahku
insyaALLAH nanti anakmu balik
anakmu ini akan pelukmu seeratnya

Ya ALLAH
 sampaikanlah rinduku pada mak ayahku yang amat di sayangi
CHE OM BINTI HAMID
MOHD YUSOF BIN OSMAN

my lovely face daddy

my lovely face ummi

i love them a lot!
:)
ikhlas dari hati sanubari anakmu :
signature by annyss92


No comments:

Post a Comment