blink2

Friday, 30 December 2011

pada yang bersedih

assalamualaikum..

emm..sedih..semalam aku menangis bersyukur, tapi hari ni aku menangis kelukaan..tapi aku masih tetap bersyukur..mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..mungkin ALLAH sedang mengatur sesuatu yang lebih indah buat aku dan dia..ALLAH knows THE BEST for us..n my parents know the best for their daughter..~bila sedih ni..teringat lagu 'langkah tercipta' UNIC..lagu ni bagi seribu satu makna buat aku..
pada yang kecewa..pada yang sedih, hayatilah lagu ini.......sesungguhnya, mengharap pada ALLAH pasti tidak akan kecewa insyaALLAH  :)


semalam aku kelukaan
kecewa kahampaan
mencalar ketabahan
mimpi yang sering ku harapkan
menjadi kenyataan
namun tak kesampaian

ALLAH
inginku hentikan langkah ini
bagaikan tak mampu untukku bertahan
semangat tenggelam
lemah daya
haruskah aku mengalah?
namun jiwaku berbisik
inilah dugaan

dan mataku kini terbuka
pada hikmah dugaan
uji keimanan
tak dilontarkanNya ujian
di luar kekuatan
setiap diri insan

ALLAH
pimpinlah diriku
tuk bangkit semula
meneruskan langkah perjuangan ini
cekalkan hati dan semangatku
kurniakan ketabahan
agar mimpi jadi nyata
kepadaMu aku meminta

daku mohon agung KudratMU
wahai Tuhan yang Satu
segalanya DariMu...


nur hanisah! jangan bersedih! sesungguhnya ALLAH bersama dengan kau ! la tahzan. innallaha ma'ana..

p/s : dahsyat..entry kedua untuk hari ni..huhu..hanisah!! kapan mauk study?? * rasa macam nak berleter kat diri sendiri..huhu* 

thanks for reading !!


signature by annyss92



my bestfren

assalamualaikum..this is about my superb bestfren ever..UMMU AIMAN n NOOR FATIN SHAMIMI
bestfren since secondary school..memang tak boleh di pisah kan..kalo p mana-mana memang bersama la..huhu..and now, i really missed that precious moment with both of u ! n biasalah, kekadang gaduh jugak..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan kami pulak bestfren..huhu..


i love u ALL..hihi :)
............................duhai sahabatku, ketahuilah..............................

  "Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita. 
Kenapa ye? 
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.
Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.
              Maka, 
Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.
              Nak cari di mana?
Hmm, memang susah nak cari. 
Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.
Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.
              Bagaimana menghargai?
Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'. 
Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan?
              Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.
              Apa kata ulama yang kita sayangi?
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:


* di share dari blog ustazah fatimah syarha *

ni ada satu video tentang best fren..kalo nak tengok, klik SINI

InsyaALLAH, bestfriend till jannah  :)

tersalah eja ' friend '..maafkan saya..  :p
P/S : ntah la kenapa rajin sangat aku melukis nih + meng'update' blog..huhu..final exam dh dekat..oh nooo,,,i'm addicted to doodle..huhu..doakan nisah leh jawab exam..19 ari lagi nak balik rumah..yahooo!!

thanks for reading!!

signature by annyss92


Wednesday, 28 December 2011

forgiveness

assalamualaikum wbt
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah,, di panjatkan syukur kepadaNya kerana nikmat islam, iman, ihsan, dan sihat yang di kurniakan..
hari ni nisah nak share pasal kemarahan dan kemaafan.*tak seronok kalo ilmu ni di simpan sorang2*

semua orang pernah marah kan?? takkan terlepas daripada perasaan marah ni..tapi ia bergantung kepada seseorang itu cara untuk menguruskan marahnya..dulu nisah mmg pemarah tapi kat anak sedara yang memang tak dengar cakap, ketegaq sungguh la, sampai depa kata "mak shu ni macam kak ros la".. (kak ros dalam kartun upin ipin tu..padan muka kau nisah, dah di samakan dengan watak kartun..huhu ) tapi sekarang nisah akan kawal sifat marah tu..insyaALLAH..

"sesungguhnya, orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah"(HR. Bukhari).

kadang-kadang, seseorang itu kurang rasional kalau amarah dah menguasai diri..

tengah marah macam-macam perkataan tak sedap didengar terkeluar tanpa sengaja

contohnya, suami yang marahkan isteri sampai sanggup menceraikan isterinya time marah tu..bila dah reda cikit kemarahannya, barulah menyesal..bak kata pepatah, telajak perahu boleh undur, telajak kata badan binasa *betul ke pepatah aku ni?huhu * ada jugak yang sampai sanggup mengugut ibu / bapanya sendiri time marah..nauzubillah..semoga kita di jauhkan dari benda2 macam ni..sebab tu perlunya sifat sabar,,tapi, susah jugak nak pupuk sifat sabar ni..nanti kalo nisah ada terbaca pasal sifat sabar, nisah update ehhh..huhu..

satu lagi,,cer korang tengok muka orang yang tengah marah, hodoh giler kan??masam je kn?? kite tak nak lah muka tak manis ni kan?? sebab menurut Rasulullah salah satu penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga padanya..jadi selalulah maniskan wajah anda..  :))

tips meredakan kemarahan : kalo marah time berdiri, duduk lah.. Kalo marah time duduk, baringlah.. Kalo tak reda jugak kemarahan, amik wuduk.. (kalo perempuan, nangis je,,insyaALLAH, hilanglah kemarahan tu..eh, lelaki pon boleh nangis jugak,,huhu)



forgiveness
ni pulak pasal kemaafan or forgiveness..pada pendapat nisah lah kan, kebanyakan orang sangat susah nak maafkan orang lain kerana apa?? kerana  EGO.. nisah sendiri pon agak susah..tapi kena biasakan lah mintak maaf..meminta maaf itu boleh merendahkan ego dan menampakkan kita ni mulia, baik n etc..kemaafan itu jugak boleh menenangkan jiwa..*ini memang betul, siyes !* :)) 



tengok, bila dah maafkan orang, hati jadi senang, muka berseri-seri dan boleh tersenyum..!  

Rasulullah  bersabda, “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah manusia biasa. Oleh kerana itu, sesiapapun kaum muslimin yang telah aku maki atau aku laknat, jadikanlah hal itu sebagai penyucian dan rahmat baginya.” (HR. Muslim)

kita semua berharap agar bila kita terlanjur marah, kemarahan kita itu akan menjadi rahmat bagi orang lain, yakni saat kita segera sedar, menyesal dan meminta maaf dengan kekhilafan kita.





ada short film cikit pasal ayat ni..tersentuh giler tengok..kalo nak tengok, sila tekan sini :)

kesimpulannya, jauhkan diri dari sifat pemarah kerana ia sifat syaitan laknatullah..tanamkan diri dengan sifat pemaaf kerana ia sifat terpuji Rasulullah.. :)

betulkan yang biasa, biasakan yang betul !

wallahu'alam

P/S : 
  • gambar2 kt atas tu a.k.a doodle nisah lukis sendiri pakai Paint..tetiba rasa ada hobi baru pulak..hehe..[ inspirasi doodle Dr.Cinta Punya Belog ]
  • kalo ada yang terkurang ke, maaflah..nisah sendiri pon sedang dalam proses menuntut ilmuNya.
  • nisah dapat ilmu ni masa dalam usrah + buat research cikit - akuislam.com
thanks for reading !!


signature by annyss92





Saturday, 24 December 2011


Benarkah Bernikah Awal Jalan Terbaik?





Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.

Mencabar! Kerana setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita dibom dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan peluru berpandu yang membangkitkan naluri seksual masing-masing.

Biasalah apabila sudah baligh, umur meningkat, tiada godaan sekalipun, keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual itu boleh terangsang berpuluh lipat kali ganda dan berlaku pada tahap yang lebih awal lagi. Masalah pergaulan bebas sangat membimbangkan sehingga berlaku penzinaan.

Apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini?

Apakah jalan untuk selamatkan spiritual anak kita?

Apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?

Tidak boleh hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak boleh awasi mereka 24 jam, dan tidak boleh hendak menyalahkan anak muda semata kerana cabaran yang melampau sana sini.

Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil bagi meringankan kekusutan masalah ini.

Yang pertama, kahwin awal itu penting, kerana ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori.

Maka, masyarakat harus berusaha mencari jalan untuk membolehkan anak-anak muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak itu sentiasa bersih. Dan perkahwinan hanya satu-satunya jalan untuk memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.

Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang "attack" dari pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka..." (24:32)

Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa bagi menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi sampai bila?

Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa berhadapan dengan godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika, yang boleh mennyebabkan'nerve breakdown', jiwa tertekan, anak muda akan susah hendak memberi tumpuan dalam pembelajaran.

Akhirnya itu yang mencari jalan belakang, jalan senyap-senyap, jalan sembunyi untuk memenuhi keperluan semulajadi ini yang kita usaha untuk cuba elakkan.

Tetapi, hendak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa mahu anak-anak habis belajar dahulu, selepas itu, matang pemikirannya, ada kedudukannya, hantaran RM15000-30000 (tepuk dahi), kemudian kewangan untuk anak-anak yang bakal lahir lagi. Maka kahwin awal itu seperti sesuatu yang rumit. Impossible!

Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal:

1. "Kewangan support" dari ibu bapa yang mempunyai kewangan yang baik. Ibu bapa yang berkemampuan memang digalakkan supaya menyokong anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yang mana perlu. Kalau Islam itu menggalakkan kita untuk menolong orang susah, orang miskin, apatah lagi menolong anak sendiri sehingga mereka boleh berdikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannya.

2. "Komuniti support" . Sekiranya kita mempunyai islamic organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak ini kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Saidina Ali atas perlakuan yang tidak sopan. Selepas Ali memberikan hukuman yang sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara. Maka di sini Saidina Ali telah memberi contoh bagaimana masyarakat boleh menolong orang muda untuk berkahwin.

3."Perkahwinan tanpa beban kewangan". Iaitu si teruna dan dara itu bolehlah melaksanakan akad sahaja untuk menghalalkan hubungan. Tetapi mereka boleh tangguh dari membuat majlis perkahwinan yang menelan kos itu, mungkin selepas habis belajar, sudah bekerja, kemudian apabila duit sudah banyak, kita boleh meraikannya. Dan mereka ini dibenarkan saling berjumpa kerana mempunyai hubungan yang halal.

4. Mereka menjalankan akad dan majlis perkahwinan,tetapi tangguh juga dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle". Maka dengan cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri masing-masing, dan dalam masa yang sama beban kewangan itu dapat dielakkan.

Ya...begitulah beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan tetapi diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini.

Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa "input" dari ibu bapa, dan tanpa mendapat restu hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya jika perkara yang tidak dijangka berlaku. Ibu bapa mainkan peranan yang sangat penting.

Sekiranya kita khusus untuk ibu bapa mengharapkan anak-anak ni supaya kewangan mereka "steady" dahulu selepas itu baru boleh berkahwin, mereka akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan dalam tempoh itu akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Maka, apabila kita memahami perspektif dari sudut pandangan Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan perkara mustahil bagi pelajar-pelajar, untuk berkahwin dan dalam masa yang sama meneruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik yang disewa di universiti. Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sebagai pelajar.

Kahwin awal itu memang digalakkan, tetapi mental dan emosional, ilmu perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga. TAQWA, mesti penuh di dada, barulah rumah tangga itu bercahaya.

P/S : entry ini di copy dr blog nur insyirah..sila lah melawat blog beliau :)

wordless sabtuday


pernah baca tak buku yang bertajuk ni?? karya ustazah Fatimah Syarha..best saannggaatttt..sila lah lawat blog beliau "Fatimah Syarha"..boleh cuci mata tengok buku-buku karya beliau and suami beliau,,huhu,,


P/S : mak ngan ayah adalah pemilik cintaku seteleh ALLAH dan rasul  :))  tapi nanti dah kahwin, suamiku pula adalah pemilik cintaku setelah ALLAH dan rasul sebab syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya.. :))




signature by annyss92

Saturday, 10 December 2011

fakulti perubatan!!??? what????

assalamualaikum
selamat pagi yang penuh barakah


harini nisah nak story something. nampak tajuk kat atas tu?? haha..sebenarnya, hari selasa lepas nisah ada taklimat biasiswa JPA.. you all tahu taklimat ni kat mana?? kat fakulti perubatan!!!  wahh,, nisah seronok tak terkata.. gila excited kot nak pegi fakulti perubatan..haha..actually, fakulti ni bukan dalam kampus induk kat kota samarahan, tapi dekat kuching, dekat dengan hospital..dari kampus induk ke fakulti perubatan tu kira-kira 30 minit perjalanan..masa dalam perjalanan tu, nisah tak habis-habis senyum sorang2..hehe..bukan gila ok, but nisah terlalu excited.. :))  walaupon tak de rezki nak jadi doktor, tapi dapat jejak kaki kat fakulti perubatan pon jadi la..hihi..untuk pengetahuan semua, bukan nisah je yang excited, ramai kawan-kawan nisah yang lain excited jugak..masuk je dalam fakulti, depa terus ajak bergambar depan signboard fakulti tuh..nisah pon tak lepaskan peluang jugak la..haha..nak habaq kata dah sampai fakulti perubatan..hihi..ni ada gambar cikit..


dari kiri : syud, ikha, me, kak farah and amr




sebelum masuk dewan nak dengar taklimat, kami layan cerita barbie..kebetulan tempat menunggu sebelum masuk dewan ada tv, and time tu pulak ada cerita barbie, kami pon layan je la..nampak sangat dah lama tak tengok tv kan??cerita kartun pon layan jugak..patut la tak dapat medik..hehe..


dalam dewan plak, mmg ramai la..bayangkan, lebih separuh daripada dewan tu semua budak medik..hebat kan depa ni?


kami pon dengar la taklimat 2..ada 1 part tu orang JPA cakap "sepanjang menjadi pemegang biasiswa ni, kamu tak boleh kawin!" what?? tak boleh?? baru je rancang nak kawin awal..hurm..tapi kalo nak kawin pon, leh mintak izin daripada pihak depa..jadi, pihak depa akan pertimbangkan..macam lawak kan nak kena mintak izin daripada orang lain..??haha..


tiba la masa untuk berangkat pulang..sementara dok tunggu pakcik bas datang, macam biasalah kitaorang bergambar dulu..hehe..


semua budak sains akuatik..ramai kan??
 *alamak!mata terpejam pulak..hurm*


budak akuatik yang dapat biasiswa ni lebih kurang 34 orang, setengah daripada kos (63 orang)..jadi kos sains dan pengurusan sumber akuatik ni bukan calang-calang yer..semua high class, tapi saya second class jer,,hihi..
kebanyakkan kawan-kawan nisah ni minat medik, semua ni muka excited..haha..nisah pon minat medik, sebab tu yang excited sangat nak pegi fakulti medik..haha..  :)

yang tu je la nak share kali ni,,

p/s : tak de terserempak dengan sape2 ye, tak de yang terbekenan because i'm engaged..*doakan nisah ada jodoh cepat2 dengan
si dia ye*  haha..amin~

nisah redha dengan apa yang ALLAH tentukan..sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih indah..insyaALLAH, kita takkan kecewa jika kita redha..nisah yakin pasti ada hikmah nisah dapat kos sains akuatik kat unimas jauh daripada family..nisah yakin!! :)
 signature by annyss92


Friday, 2 December 2011

ke arah lebih baik :)


Salam sejahtera
Salam satu Malaysia
Kali ni nisah nak luahkan cikit perasaan,
Seriously, nisah nak berubah ke arah yang lebih baik,
Tapi, nisah perlukan seseorang untuk memimpin nisah.
Nisah tak nak cerita kat orang, nisah risau kalo2 depa kata nisah nak menunjuk-nunjuk, jadi, nisah cerita je la kat sini. Nisah tau tak ramai pon yang baca nisah punya blog ni or may be tak de langsung..hihi..sebab tu nisah berani luahkan kat sini..:) nisah cerita pasal ni kat kawan nisah sorang je, nama dia nur syuhadah, kira dia antara bestfren nisah kat unimas ni la..hihi..dia pon nak berubah jugak,, bila kami Nampak je perempuan yang baik2 like pakai tudung labuh ke, mesti kami akan kata “bila kita nak pakai macam tu?” konfem la ayat ni yang keluar..but, manusia biasa macam nisah ni Nampak mereka macam baik, but pada pandangan ALLAH macam mana?? Macam mana pulak pandangan ALLAH kat nisah yang ilmu agama yang cetek ni?? Kita tak nak hanya baik di mata manusia, but kita nak baik di mata ALLAH,,biarlah orang lain nak kata apa, but nisah tak nak buruk pada pandangan ALLAH..*muhasabah diri  insyaALLAH..

Nisah harap sangat perubahan nisah ni mendapat keredhaan ALLAH..nisah nak sangat merasai cinta drpd ALLAH..(ok, I’m start crying)..nisah nak sangat rasa kemanisan ibadah kepada ALLAH..nisah nak sangat merasai kemanisan iman..dulu masa form 2 nisah penah rasa kemanisan ibadah tu ..means nisah rasa best sangat bila menunaikan ibadah kepadaNYA..tapi sekarang tak rasa lagi dah..bila nisah munasabah diri balik, mesti nisah ada buat salah kat mana-mana yang menyebabkan nisah dah tak dapat rasa kemanisan ibadah tu..nisah tau yang nisah ada buat salah..tapi sekarang ni, nisah sedang berusaha untuk merebutnya balik..doakan nisah ye  :)

Berusaha macam mana?? Sekarang nisah join usrah, baca buku-buku yang berkaitan dengan islam, nisah labuhkan tudung bawah dada (tak bersedia lagi nak pakai jilbab labuh..kalo nisah pakai jilbab labuh tu, konfem balik rumah bulan 1 ni mak terkejut..errr..*saya tak nak buat perubahan yang drastic, but sejuk perut mak kalo saya pakai tudung labuh tu :)  *) dengar ceramah agama, berusaha istiqamah pakai stoking kaki, stoking tangan nisah tak pakai lagi sebab nisah nak istiqamah pakai stoking kaki dulu, pas tu baru nisah istiqamah pakai stoking tangan plak..insyaALLAH  :)..dulu kat matrik nisah penah pakai stoking tangan, tapi stoking kaki tak pakai..macam pelik kan?? Kat matrik je pakai, tapi bila dah habis matrik, tak pakai dah..nisah tak istiqamah..ALLAH tak suka orang yang tak istiqamah..hurm~..ampunilah segala dosa aku YA ALLAH..
Nisah nak jaga segala percakapan nisah insyaALLAH..emm..tak nak pandang benda-benda yang tak elok, nisah nak bersihkan hati, jaga telinga..doakan nisah..marilah kita sama2 berubah kea rah yang lebih baik..tapi nisah musykil, patut buat perubahan drastic ataupon dengan perlahan-lahan?? Nisah tak tahu mana yang ok..emm..
Yang 2 je lah kot untuk entry kali ni..


Sumber gambar : google image

p/s: saya sangat kagum dgn korang yang baca entry ni..panjang berjela kot dan tak menarik..haha..anyway
thanks for reading!!