blink2

Wednesday, 28 December 2011

forgiveness

assalamualaikum wbt
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah,, di panjatkan syukur kepadaNya kerana nikmat islam, iman, ihsan, dan sihat yang di kurniakan..
hari ni nisah nak share pasal kemarahan dan kemaafan.*tak seronok kalo ilmu ni di simpan sorang2*

semua orang pernah marah kan?? takkan terlepas daripada perasaan marah ni..tapi ia bergantung kepada seseorang itu cara untuk menguruskan marahnya..dulu nisah mmg pemarah tapi kat anak sedara yang memang tak dengar cakap, ketegaq sungguh la, sampai depa kata "mak shu ni macam kak ros la".. (kak ros dalam kartun upin ipin tu..padan muka kau nisah, dah di samakan dengan watak kartun..huhu ) tapi sekarang nisah akan kawal sifat marah tu..insyaALLAH..

"sesungguhnya, orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah"(HR. Bukhari).

kadang-kadang, seseorang itu kurang rasional kalau amarah dah menguasai diri..

tengah marah macam-macam perkataan tak sedap didengar terkeluar tanpa sengaja

contohnya, suami yang marahkan isteri sampai sanggup menceraikan isterinya time marah tu..bila dah reda cikit kemarahannya, barulah menyesal..bak kata pepatah, telajak perahu boleh undur, telajak kata badan binasa *betul ke pepatah aku ni?huhu * ada jugak yang sampai sanggup mengugut ibu / bapanya sendiri time marah..nauzubillah..semoga kita di jauhkan dari benda2 macam ni..sebab tu perlunya sifat sabar,,tapi, susah jugak nak pupuk sifat sabar ni..nanti kalo nisah ada terbaca pasal sifat sabar, nisah update ehhh..huhu..

satu lagi,,cer korang tengok muka orang yang tengah marah, hodoh giler kan??masam je kn?? kite tak nak lah muka tak manis ni kan?? sebab menurut Rasulullah salah satu penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga padanya..jadi selalulah maniskan wajah anda..  :))

tips meredakan kemarahan : kalo marah time berdiri, duduk lah.. Kalo marah time duduk, baringlah.. Kalo tak reda jugak kemarahan, amik wuduk.. (kalo perempuan, nangis je,,insyaALLAH, hilanglah kemarahan tu..eh, lelaki pon boleh nangis jugak,,huhu)



forgiveness
ni pulak pasal kemaafan or forgiveness..pada pendapat nisah lah kan, kebanyakan orang sangat susah nak maafkan orang lain kerana apa?? kerana  EGO.. nisah sendiri pon agak susah..tapi kena biasakan lah mintak maaf..meminta maaf itu boleh merendahkan ego dan menampakkan kita ni mulia, baik n etc..kemaafan itu jugak boleh menenangkan jiwa..*ini memang betul, siyes !* :)) 



tengok, bila dah maafkan orang, hati jadi senang, muka berseri-seri dan boleh tersenyum..!  

Rasulullah  bersabda, “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah manusia biasa. Oleh kerana itu, sesiapapun kaum muslimin yang telah aku maki atau aku laknat, jadikanlah hal itu sebagai penyucian dan rahmat baginya.” (HR. Muslim)

kita semua berharap agar bila kita terlanjur marah, kemarahan kita itu akan menjadi rahmat bagi orang lain, yakni saat kita segera sedar, menyesal dan meminta maaf dengan kekhilafan kita.





ada short film cikit pasal ayat ni..tersentuh giler tengok..kalo nak tengok, sila tekan sini :)

kesimpulannya, jauhkan diri dari sifat pemarah kerana ia sifat syaitan laknatullah..tanamkan diri dengan sifat pemaaf kerana ia sifat terpuji Rasulullah.. :)

betulkan yang biasa, biasakan yang betul !

wallahu'alam

P/S : 
  • gambar2 kt atas tu a.k.a doodle nisah lukis sendiri pakai Paint..tetiba rasa ada hobi baru pulak..hehe..[ inspirasi doodle Dr.Cinta Punya Belog ]
  • kalo ada yang terkurang ke, maaflah..nisah sendiri pon sedang dalam proses menuntut ilmuNya.
  • nisah dapat ilmu ni masa dalam usrah + buat research cikit - akuislam.com
thanks for reading !!


signature by annyss92





No comments:

Post a Comment