blink2

Sunday, 29 January 2012

1st trial using paint sai tool :p

assalamualaikum  :)
sihat semua? alhamdulillah..sentiasalah ucapkan syukur ke hadratNya. :)
ok..dah lama tak update kan? hihi..tak de orang kisah pon kan? 
ntah la, sejak dok kat rumah, agak malas nak menaip. nak bukak laptop pon malas..hehe..sekarang ni,
dah 9 hari dah balik rumah..tinggal 3 minggu je lagi..rasa kejap sangat..kalau boleh, nak memanfaatkan cuti ni.. baru sekarang nisah dapat rasa betapa nikmatnya dok kat rumah bila kita berjauhan dengan family. nikmat sangat tau tak! dan bertambah bersyukur tiap kali dapat makan masakan mak yang memang sedap giler lah. patutnya mak aku yang patut jadi chef kat tv tuh,,hehe..

alhamdulillah..syukur yang tak terkira sangat ya ALLAH..seriously, bila dok berjauhan ni, banyak mengajar nisah erti syukur, kesabaran, berdikari, and etc lagi lah..biasalah, nisah anak bongsu, agak manja sikit la kan? matrik dulu pon dapat matrik kedah je, tak la merantau sangat. apelah sangat kat changlun tu. then, ALLAH uji nisah dengan hantar nisah belajar kat sarawak..bayangkan, nisah tak pernah berenggang jauh dengan family, tak pernah dok kat asrama time sekolah menengah (sekolah harian biasa je), tak penah keluar dari kedah lama-lama pon, anak bongsu pulak tu, mau tak nangis..mak pon nangis, sayang anak lah katakan :p walau macammana pun, nisah pegang ayat ni 
"barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak" (an-nisa' : 19). kalau nak baca penerangan pasal ayat ni, klik SINI

and that's why nisah wujudkan blog ni..sebab nisah fikir, hidup nisah akan jadi sangat 'awesome' satu hari nanti insyaALLAH. nak beri pengajaran dan peringatan kat orang lain. kan disebalik apa yang berlaku (takdir nisah dapat sambung belajar kat unimas) ada hikmahnya. and i think that hikmah ALLAH tu akan sangat 'awesome' suatu hari nanti..insyaALLAH.. ALLAH Maha Adil sahabatku. Dia takkan membebani kita (bagi ujian) di luar kemampuan kita (2:286). apa yang penting ialah kesabaran dan keyakinan kita kepadaNya.

alamak!! tersasar jalanmu..tersasar daripada tajuk entry..hehe..nisah ada try paint sai tool ni nak lukis doodle..hehe..lebih smooth daripada pakai paint yang sedia ada kat laptop tu..and gambar kat atas tu la hasilnya..tak berapa pandai sangat, tak explore habis lagi. nanti nisah lukis lagi ehh walaupon tak berapa cantik  :p 

nota cinta :
new hobby. what do you think of that doodle? absolutely agak tak cantik kan?hehe  :p

anyway, thanks for reading :)


signature by annyss92


No comments:

Post a Comment