blink2

Sunday, 19 February 2012

senyummm,, cheeeessssseee :)

assalamualaikum


seyumlah, senyumlah, ahai cek mek molek (m daud kilau)

@

senyum, tak perlu kata apa-apa =)

@

senyum seindah suria yang membawa cahya
senyumlah dari hati duniamu berseri~

@

senyuman...senyuman.....
senyum tanda mesra senyum tanda sayang
senyumlah sedekah yang paling mudah
senyum diwaktu susah tanda ketabahan
senyum itu tanda keimanan
senyumlah...senyumlah....(raihan)

*sila nyanyi sekejap lagu tersebut, pastikan tak sumbang okey!* :p

time bergambar suka sangat sebut "cheeeesseeee".. takkan kita nak cheese time bergambar ja kan? jangan kedekut sangat lah senyuman yang swwweettteeee tu..kitaorang tak kan terkena kencing manis dek senyuman yg manis tuh..hehe..orang kata, biar manis senyuman, jangan manis dalam minuman.kan? (o,0)

mungkin ada banyak lagi lagu2 + nasyid2 yang menyuruh kita senyum..senyum, ternyata ianya sangat mudah! insyaALLAH, ianya boleh mewarnai hdup kita yang suram..dan senyum boleh membangkitkan semangat kita..

kekadang senyum tu memberi 1001 makna kepada kita.. *jangan senyum sorang2 sudahh, nanti orang kata "eh, dia ni sasau ke ape?" kalo angau memang ramai la yang suka senyum sorang2, ehem ehem =_= *jangan angau sangat lah kan?* :p

dan orang sangat suka mendampingi orang yang suka senyum ni..kekadang senyuman depa tu boleh menenangkan hati kita yang gundah-gulana ni. betul kan? kan? kan?

kalau seseorang tu ditimpa musibah tapi masih lg tersenyum, pergghhh, memang dia seorang yang sangat tabah menempuh ujian.

hei! dan senyuman juga boleh menarik seseorang tu memeluk islam tau tak? *senyuman Rasulullah* =)

dan ini doodle saya yang tersenyum sampai merah pipi..malu agaknya? =p


ni kata2 dari sorang sahabat nisah, namanya Nur Hanani Abu Bakar :

senyumlah dikala gembira kerana itulah sebaik-baik utusan menggambarkan keriangan dihati dan senyumlah dikala berduka kerna ia menggambarkan kerelaan hati menempuh ujianNya

sekian saja dari nisah. masih banyak kekurangan. mungkin anda nak share point2 / pendapat anda tentang senyum nih? boleh share d ruangan komen ye. thanks for reading! jangan lupa, senyum ceggini =)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
nisah nak membebel jap..hehe..
alhamdulillah, semalam nisah dah selamat jejak kaki kat bumi sarawak nih. kembali berjuang sebagai student. kekadang rasa "ya ALLAH, aku tak kuat nak tinggalkan mak dengan ayah kat rumah". seriously, mmg rasa lemah,.dan apa lagi, nangis la..hehe..tak mampu nak senyum dah. *habis tu, yang bebel kat orang suruh senyum tu apakehei nisah?* lumrah la perempuan nangis kan? nak nak anak bongsu lak..haha..dan harini dah start kuliah, tapi relax lu bos, klas start pukul 2pm..korang ada?hehe.. ;P

dan nisah nak habaq mai la subjek2 yang nisah amik sem ni.

aquatic instrumentation and methodology
introduction to ecology
physical oceanography
biological oceanography
biodiversity
introduction to biotechnology
IT tools for knowledge workers
ethnic relationship

agak tough ye..tapi midsem break ni ada field trip..haha..yang ni yang best tau tak!!

ready guys? ready nak bertempur d medan peperangan? ready nak berjihad? ada senjata alat tulis? ok, jom g kuliah..haha..

selamat berjuang sahabat..

assalamualaikum :)

signature by annyss92


Friday, 10 February 2012

masak??

assalamualaikum


hari ni nak bahasakan diri sebagai 'aku'


hari ni, terpaksa menutup aurat walaupon kat rumah sendiri! kakak dgn abang ipar aku balik..dorang nak cari perkakas dan segala 'mak nenek' untuk bayi mereka yang bakal lahir bulan 5 nih..haha..bertambahlah anak menakan aku..sekarang 7 orang, nnt jd 8orang pulak..haaa, beranak la banyak-banyak, nnt boleh buat team bola sepak..kihkihkih..


pagi2 lagi dah sarungkan jubah, pakai tudung..bukannya apa, senang cikit kalo pakai jubah..kat dalam still la baju tidor..hehe..walaupon kat rumah sendiri, tapi rasa macam dok kat tempat asing..menutup aurat d rumah sendiri.


pagi tadi mak dgn ayah g umah sepupu aku sebelah mak, anak dia akad nikah hari ni..aku tak ikot sebab ni la 'can'  aku nak masak sorang-sorang..hehe..:p  okay, perasan jadi chef jap..seusai mandi, aku pon start masak dalam pukul 11.30am..tapi sebelum tu, aku bismillah n selawat dulu, harap-harap jadi la aku masak..hikhikhik..ayah cakap nak makan nasik kat rumah, nak rasa masakan aku..*biasalah, sejak cuti ni mak aku je yang masak, aku tolong cikit-cikit je* ayah tambah lagi, "nanti anis dah nak balik sarawak dah, tak leh nak rasa dah".. Alah ayah ni, buat aku sayu je.. tapi sempat lagi aku kata "ala, ayah makan ja la kat tempat kenduri tu..anis masak tak sedap.."sambil buat muka sedih harap2 ayah makan kat tempat kenduri tu =_= tapi ayah tetap nak balik makan kat rumah jugak..ok baiklah ayahku sayang..


okay, maka tibalah masa untuk aku jadi chef..masak sorang-sorang lagi best..campak je apa yang nak d campak..hehe..tapi sebelum mak aku pegi, aku tanya mak dulu bahan-bahan dengan cara-cara..bukannya apa, dah lama tak masak sorang-sorang, last dulu masa sebelum masuk u..refresh balik la ni..hehe..


mula-mula masak sambal telur..aku pon campak la bahan-bahan sambil monolog sendirian 'moga kau sedap wahai makanan'..sampai satu step tu mak cakap tadi "tunggu sambai cabai pecah minyak"..alahai, aku dah tak ingat macam mana 'pecah minyak' tu..haha..tapi tak pa lah, aku pon tunggu je lah sampai beberapa minit, agak-agak dah 'pecah minyak', agak2 cabai tu macam dah garing..pastu masukkan bahan2 yg seterusnya..aku kacau-kacau *sampai agak2 ada rupa yang macam mak aku buat..hehe* pas tu, aku pon  tuangkan dalam pinggan..tak rasa pon sambal telur aku tuh..hehe..tak tau masin ke, manis ke, masam ke..sebab aku ni bukan jenis merasa atau kata lainnya, tak pandai rasa, kalo makan, sangat pandai..hehe..


pastu buat menu yang kedua..time ni kak aku pulak menyibuk kat dapur tu..dia macam terpegun la tengok aku masak..hehe..pas tu dia cakap "dah boleh kawin la kalo macam ni"..erk? okay, dalam hati memang seronok tak terkata..haha..beliau n suami tak ikot mak..ok, ak masak je..hehe..masak sayur pulak..aku tak tau apa nama masakan aku tu..ok, hentam sajalah labuuu..


sampai menu yang ketiga, kak aku tanya, "hang tak masak nasik ka??" alamak! nasik lupa nak masak..haha..aku pon bagi alasan "tak la kak, anis tak pandai nak buat banyak keja dalam satu masa" alasan semata-mata..haha..menu yang ke3 ni ialah udang celup tepung..aku rasa antara ketiga-tiga ni, udang celup tepung paling best..paling membangkitkan selera..kecur air liur..huhu..kali ni kak aku tolong..aku tolong goreng, dia tolong celup udang tu dalam tepung..okay, ada co-chef..tak la kelam kabut sangat..hehe..


aku bermonolog lagi 'semoga kau sedap wahai makanan' ..rasa macam tak betul cakap dengan masakan aku.hehe :p


bila dah siap suma, aku hidang atas meja..and aku la orang pertama makan..tak tahan maa tengok itu punya udang..lagipon tak sarapan..hehe..dengan penuh berselera, aku bubuh lauk pauk tadi,dan makan dengan seleranya..dan erk??! tetiba rasa lain macam..alamak! tawar! haha..sesungguhnya aku tak pandai nak mengagak garam..haha..tapi ok la, boleh di makan..haha..


tengahari, ayah balik..cepat-cepat gtau ayah yang aku msak tak sedap (dengan buat muka kasihan supaya ayah tak terkejut masa makan sat g..haha)..lps ayah makan, as usual, tak kata apa2..cuma cakap tawar ja..kak pon kata,ok la tu, boleh dimakan jugak..ok, hatiku berbunga kembali..hehe..


refresh jap masa zaman sekolah dulu..bila mak ajak tolong dia masak, selalu bagi alasan nak buat kerja sekolah la, nak study la, ada study group la..padahal aku tak berapa suka nak masak ni..hehe..bila sekarang baru terkial-kial nak belajar masak..mak cakap aku liaq ceruk dapuq..sob sob sob..sedih tau baru sekarang nak belajar masak..baru ada kesedaran..


kekadang rasa memasak ni satu kerehatan, rasa macam best sangat kalo dapat masak, relax je, macam satu terapi, stress suma hilang..dan lagi la rasa best kalo masakan kita sedap..hehe..


nota cinta : hari ni saja nak update..hehe..sebenarnya nak upload gambar lauk pauk tadi, tp line broadband agak tak mengizinkan..=,=
sekian~


alhamdulillah ya ALLAH..terima kasih atas segalanya..semoga esok lebih baik dari harini.. amin~



Thursday, 2 February 2012

doodle mereke yang sangat comel ! :)

assalamualaikum..


sihat semua? alhamdulillah.. td ada click satu link ni kat facebook..then kuar la satu blog ni yang memang chumell sangat2 la..cer singgah blog beliau Belog Nanad Hasan..beliau sangat pandai lukis doodle nih..cantik giler..hehe..pas tu, dalam beliau punya entry tu ada la beliau masukkan link mereka yang pandai doodle ni..nisah pon click la lagi (biasalah, time2 cuti sem ni tak de keje sangat nak dibuat..hihi)..then, kuarlah blog ni..Blog Kerana Manisnya Epal and Dari Sini Ke Bintang-bintang.. lagilah AWESOME blog mereka nih..hehe..pas tu nisah jumpa blog Feza , Dysha Dot Pink, Doctor Muda Vs Ustaz Rock and Emila Yusof..nisah mengaku doodle mereke memang comel lote..^^


ok, kenapa nisah admire sangat?? sebab doodle mereke sangat cantik + comel-comel belaka..jeles i..huhu..tak pelah..nisah kan budak baru belajar..lagipon nisah takde software macam diaorang eg. adobe photoshop, adobe illustrator..apa yang nisah ada ialah paint n paint sai tool je..huhu..ni nisah punya hasil menggunakan paint sai tool dengan bantuan paint..tak cantik macam mereka lukis !  (biasalah, tangan tak de seni..kihkihkih  :p)




itu je nak di 'share' kali ni..nisah sangat admire lah doodle mereka..alolo, chomel sangat tau tak..haha..time2 cuti ni lah nisah nak practice lukis doodle banyak2 kan..? practice makes perfect right? nanti dh start sem 2 dah takde banyak masa macam ni dh..hehe..ok lah.. assalamualaikum..
thanks for reading!!  :)

p/s: result sem 1 dh kuar..alhamdulillah..setimpal dgn usaha yang tak seberapa..
 cik hati berkata : maksudnya, tak berapa usaha sangatlah tu..padan muka kau nisah..tu lah addicted to blogging, doodling n facebooking sangat ! orang suruh struggle study, tak nak..orang suruh study awal2, tak nak..nak jugak study last minit..ni lah hasilnya..huhu..result pon hurm, taknak kata apa2....
cik nisah berkata : baiklah cik hati yang suka membebel, sem 2 ni saya akan study betul2 n taknak dah study last mnit !

ok..berhenti mengarut..haha  :p

signature by annyss92