blink2

Wednesday, 25 April 2012

about the header | it is so meaningful u know??!

assalamualaikum readers..


Bismillahirrahmanirrahim
in the Name of ALLAH The Most Gracious and The Most Merciful..
genki desuka?? (cepat jawab balik dalam bahasa arab)


pertama sekali, ucapkan alhamdulillah..


about the header | it is so meaningful u know??
ini cerita beberapa hari yang lepas,
    sedang sibuk2 bertungkus-lumus menyiapkan tugasan-tugasan kuliah, aku mula terasa amat keletihan dan kebosanan. kemudian firasat aku sangatlah membuak-buak menyuruh aku mendaftar masuk ke laman sesawang mukabuku ----> apesal aku skema sangat nih??


yes, aku pon login lah.. sedang ,men'stalk' kat newsfeed aku tu, ak terjumpa la kata2 ni from FB Hlovate --> "take the time to cherish every moment, no matter how small. chances that u won't reliving it again.ever." => sengaja aku merahkan ayat ni menunjukkan ianya sangat bermakna!


time tu otak aku agak lembab nak memproses ayat ni menyebabkan aku kena baca banyak kali.*mungkin serabut dengan esainment*. rasa macam ada benda yang tersirat. bila dah paham, YES, memang rasa mendalam gilaaa ayat ni --> maaf kerana penggunaan gila. ini menunjukkan aku sangat teruja sebab dapat tangkap maksud ayat. 


bagi aku, ayat ni sangat mengusik jiwa (ye nisah??). sangat bermakna. (betul ker?) betul lah. smpai aku sanggup mengabadikan ayat ni kat sticky note dan tampal kat pembahagi kayu antara tempat aku dan roomate. dan kemudian aku bermonolog "best jgk kalo snap benda ni. pastu edit". kau tahu, aku menuruti nafsu "photography" (uweekkk, nak muntah hijau) aku tu, terus transfer ke lappy dan terus menjalankan aktivit meng'edit' dan jadilah ia seperti gambar kat bawah ini (penat tau).walaupon dihujani dengan hujan batu assignment, aku buat jugak. (sebenarnya sekejap je aktiviti meng'edit' tu :p)  


~~abaikan tulisan yang hodoh tu~~


apa yang aku paham dari ayat tu, mungkin lain dari interpretasi korang ---> 
hargailah setiap masa no matter how small sebab moment yang sama takkan berulang kembali in future. moment tu boleh jadi pahit or manis. kadang-kadang boleh menjadikan kita manusia yang bersyukur dengan apa adanya. rebutlah peluang yang ada sekarang.
sesaat aku memahami maksud ini, aku pon terasa sangat bersyukur tatkala ALLAH takdirkan aku belajar dibumi sarawak ni. kau tau tak, aku bersyukur sangat!! Dia nak tunjuk yang bumiNya luas, ilmuNya luas. takkan semua orang nak jadi doktor, engineer, dan seumpamanya ja kan? kalo semua jadi doktor and jadi yang hebat2, sapa pulak nak kaji ikan? ilmuNya luas kot. boleh je kalo aku jadi aquatician, biologist --> sengaja aku merahkan menandakna yang aku sangat berbangga dengan apa yang aku belajar sekarang. dibumi yang Islamnya minoriti ni lah aku macam terbuka hati nak mendalami agama sedikit sebanyak. mungkinkah ini hikmahnya? 


banyak pulak aku membebel. ^^,   


ehh, korang kenal tak HLOVATE? beliau adalah penulis novel antaranya versus, aa+bb, rooftop, contengan jalanan and banyak lagilah. aku baru baca versus and contengan jalanan. best giler. korang kena baca jugak tau. cara penulisan lain dari yang lain, santai giler. takdak lah cintan cintun tangkap jiwang meraung-raung sangat macam novel2 tipikal yang lain. =_= jangan stereotaip sangatlah nisah :)  


p/s: 

  • entry ni panjang sebab aku baru habis midterm exam tadi. jadi macam best sikit nak menaip :D 
  • term2 yang tak paham tu boleh google sendiri
  • maaf kerana penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua
  • maaf kalo penulisan aku ni macam agak berseni. (apakah??) atau berbelit-belit. :p
ma'assalamah
thanks for reading!!
assalam
adious~






Sunday, 22 April 2012

trip to pantai pandan, lundu sarawak | episode 3

assalamualaikum readers



dari sekarang, saya akan buat entry berserta gambar. saya tau korang lebih suka tengok gambar dari membaca  ------> macam budak nisah tu=_=" peace \ / hewhewhew
ok ler. got to go to class
assalam 
adious~

Thursday, 19 April 2012

trip to pantai pandan, lundu, sarawak | episode 2

assalamualaikum to all readers====

nisah tak de banyak masa, tp nak jugak update..hekehekehek :p

selamat mencuci mata dengan gambar ni ye readers



p/s: abaikan tiang kayu kat tengah2 tu..macamna pulak la kayu tu boleh interframe skali dalam ni..hehe :p

okbai.. assalam..

thanks 4 reading :)

Monday, 16 April 2012

segment : ayu cari rakan blogger

assalamualaikum.


ok. comel kn?huhu

klik gmbar kat atas ni untuk info :)

segmen : ayu cari rakan blogger

p/s : ni 1st time nisah join segmen2 ni :p

kbai, assalam :D

Friday, 13 April 2012

trip to pantai pandan, lundu, sarawak | episode 1

assalamualaikum to all readers

alhamdulillah..boleh bertemu lagi kat sini..huhu
sebelum tu nak saji korang dulu 1 photo ni. enjoy it ^^,

gud morning captein!! i'm ready to sail and become "the nisah the sailorwomen"
haha..korang ada? :p

hari kedua, time ni around 7.30 am kalo tak silap. memang best giler lah fieldtrip ni. FYI, this field trip was held in pantai pandan, lundu, sarawak. 2 jam dari unimas. lebih kurang alor star ke penang la kalo bayangkan jauhnya..hehe. i thought that pantai ni macam pantai merdeka, pasir berselut, air tak berapa nak jernih. bila sekali dah sampai kat tepi pantai tu, macam ni saya cakap " ya ALLAH, cantiknya". kemudian apa lagi, snap la pic..haha. seriously cakap, dia punya pantai jauh sayup mata memandang *memang la, kan air tengah surut..huhu* . pasirnya putih bersih, lembut sangat2.

nisah nak upload gambar yang lain2, tp masa tak mengizinkan. tunggu  next entry yer readers sekelian.

p/s : the photo is editted by photoshop cs5 extended

sekian. thanks 4 reading!!
wassalam :)







Friday, 6 April 2012

ujian itu tarbiah hidup

assalamualaikmu wbt

alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk hidup dimuka bumi ALLAH yang indah ni, untuk beribadah lagi. nikmatMU cukup banyak ya ALLAH. rahmatMu melimpah ruah. tapi kami selalu je lupa. Kau yang berkuasa terhadap kami. kami bukan sapa2 tanpaMu ya ALLAH.

berbalik kepada tajuk entry.
"UJIAN ITU TARBIAH HIDUP"
ma maksud tarbiyah? tarbiyah ialah didik, didikan. (maaf kalo salah kata dasar ke, kata perbuatan ke, gue sik da asas arab). jom kita tengok, macammana hidup kita boleh dididik dengan ujian
perkongsian daripada seorang naqibah  semalam "setiap hari adalah ujian" setiap hari kita ditarbiyah, tapi antara sedar atau tidak. dan time tu baru saya terfikir "ha'ah, betul la, setiap hari adalah ujian" (sesungguhnya aku tak mengetahui,,betapa jahilnya aku =_=)

bila kita tak diuji misalnya, HATI kita takkan subur, takkan tertarbiyah. dan bila kita selalu bersenang pon, lama kelamaan kita lupa diri.

dan bila ALLAH timpakan kita tak sihat cthnya selsema, pon kita mengeluh? ujian tu sekelumit hujung kuku je dah nak mengeluh? dan mesti kita kata kenapa aku? kenapa bukan dia? selalu je kita nak salahkan ALLAH. selalu je bersangka buruk dengan ALLAH. padahal DIA banyak kot bagi nikmatNYA kat kita, melimpah ruah rahmatNYA seluruh semesta. takkan ujian ciput macam tu tak mampu? *tepuk dada tanya iman*
"maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" [55 : 13] ayat ni disebut 31kali dalm surah Ar-Rahman. (betulkan kalo saya salah)

analogi | kaitan antara taman bunga, hujan, pelangi, dan matahari

taman bunga itu selalu je disinari dengan matahari.."aahhhh,,bahagianye, proses photosynthesis berlaku dengan lancarnya..nikmat2,,dapat buat glucose berganda2 macam ni..boleh contribute oxygen banyaknya kepada manusia" *ehh? bunga leh speaking english?*
tapi, musim kemarau tiba. taman bunga itu layu. layu selayu-layunya. macam tiada harapan untuk hidup. tapi taman bunga tersebut redha dengan ujian tersebut. mereka tetap berzikir "subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar"
akhirnya setelah sebulan bertarung antara hidup dan mati, ALLAH turunkan hujan kepada taman bunga tersebut..bila turunnya hujan, taman bunga itu pon berbunga dengan sukarianya. subur, sangat subur. cantik pula bunganya, berseri-seri. sesudah itu, ALLAH kurniakan pulak pelangi. "wah, indahnya. tak pernah aku tengok pelangi seindah ini" *taman bunga ada mata ea?*
"terima kasih ya ALLAH"

anda nampak? begitu juga hati kita. kalo tak diuji, hati kita takkan subur. tak terkesan. dan apabila diuji selalu, hati kita akan subur selalu. ingat ALLAH selalu. tapi dengan syarat kita tak mengeluh. ketahuilah, setelah "sesuatu kesulitan ada kemudahan" [94:6] janganlah bersangka buruk dengan ALLAH. DIA nak hadiahkan kita sesuatu yang lebih indah. disebalik ujian itu ada hikmahnya. take note!

anda tau kenapa ALLAH selalu uji kita? sebab DIA rindu akan hambaNYA. DIA nak kita dekat dengan DIA. DIA rindu nak dengar suara kita berdoa minta petunjukNya. how sweet kan ALLAH rindu kita?

dah lama tak mendoodle :)


insyaALLAH, harap apa yang disampaikan dari saya jelas. maaf la kalo ada yang yang terbelit2. gue tak pandai mengarang. gue insan yang banyak kekhilafan diri. kalo ada yang sentap tu, alhamdulillah, anda masih ada iman. chill der :)

"dan kepada Tuhanmulah engkau berharap" [94 : 8]

"sampaikan daripadaku walaupon satu ayat"

sekian. assalam. kbai :)





Monday, 2 April 2012

random : art episode 1

assalamualaikum wbt

sihat semua? alhamdulillah.. tika menaip entry ni, nisah tak sihat..selsema sikit. tp dah biasa, mmg selalu selsema pon a.k.a resdung. alhamdulillah, ALLAH bg ujian yang sedikit ini kat nisah. :)

manusia sering terlupa tika mereka sihat dan masa lapang. sangat mensia-siakan masa lapang mereka dengan masa sihat mereka dengan benda-benda yang tak berfaedah. sepatutnya masa lapang & sihat ni la nak 'berdating' lebih dengan ALLAH kan..? *peringatan untuk diri sendiri jugak :)

dah, tak nak membebel lagi. nak sajikan beberapa gambar a.k.a art.errr... art ke ni?? haha..rasa macam nak gelak guling2. jangan perasan sangatlah nisah, tangan kau tu keras, tak berseni.  :p

jangan kata pa2 :P


opocot!!


mendapat hidayah dan berevolusi menjadi lebih baik
baik macam mana tu? wallahualam :p

jangan salah sangka, ni bukan lukisan tp try 10x zoom | OLYMPUS VR-310
location : dari tingkap dalam bilik :p

ok, setakat ni je la yer. midsem exam is around the corner..huhu.. and then midsem break!!! and ada field trip mggu depan!! hooray!! alhamdulillah :)
nnt kalo nisah ada shoot foto2 yang comel2, nisah upload ehh.. *insyaALLAH la..kihkihkih :p

assalamualaikum :)
thanks for reading!!