blink2

Wednesday, 25 April 2012

about the header | it is so meaningful u know??!

assalamualaikum readers..


Bismillahirrahmanirrahim
in the Name of ALLAH The Most Gracious and The Most Merciful..
genki desuka?? (cepat jawab balik dalam bahasa arab)


pertama sekali, ucapkan alhamdulillah..


about the header | it is so meaningful u know??
ini cerita beberapa hari yang lepas,
    sedang sibuk2 bertungkus-lumus menyiapkan tugasan-tugasan kuliah, aku mula terasa amat keletihan dan kebosanan. kemudian firasat aku sangatlah membuak-buak menyuruh aku mendaftar masuk ke laman sesawang mukabuku ----> apesal aku skema sangat nih??


yes, aku pon login lah.. sedang ,men'stalk' kat newsfeed aku tu, ak terjumpa la kata2 ni from FB Hlovate --> "take the time to cherish every moment, no matter how small. chances that u won't reliving it again.ever." => sengaja aku merahkan ayat ni menunjukkan ianya sangat bermakna!


time tu otak aku agak lembab nak memproses ayat ni menyebabkan aku kena baca banyak kali.*mungkin serabut dengan esainment*. rasa macam ada benda yang tersirat. bila dah paham, YES, memang rasa mendalam gilaaa ayat ni --> maaf kerana penggunaan gila. ini menunjukkan aku sangat teruja sebab dapat tangkap maksud ayat. 


bagi aku, ayat ni sangat mengusik jiwa (ye nisah??). sangat bermakna. (betul ker?) betul lah. smpai aku sanggup mengabadikan ayat ni kat sticky note dan tampal kat pembahagi kayu antara tempat aku dan roomate. dan kemudian aku bermonolog "best jgk kalo snap benda ni. pastu edit". kau tahu, aku menuruti nafsu "photography" (uweekkk, nak muntah hijau) aku tu, terus transfer ke lappy dan terus menjalankan aktivit meng'edit' dan jadilah ia seperti gambar kat bawah ini (penat tau).walaupon dihujani dengan hujan batu assignment, aku buat jugak. (sebenarnya sekejap je aktiviti meng'edit' tu :p)  


~~abaikan tulisan yang hodoh tu~~


apa yang aku paham dari ayat tu, mungkin lain dari interpretasi korang ---> 
hargailah setiap masa no matter how small sebab moment yang sama takkan berulang kembali in future. moment tu boleh jadi pahit or manis. kadang-kadang boleh menjadikan kita manusia yang bersyukur dengan apa adanya. rebutlah peluang yang ada sekarang.
sesaat aku memahami maksud ini, aku pon terasa sangat bersyukur tatkala ALLAH takdirkan aku belajar dibumi sarawak ni. kau tau tak, aku bersyukur sangat!! Dia nak tunjuk yang bumiNya luas, ilmuNya luas. takkan semua orang nak jadi doktor, engineer, dan seumpamanya ja kan? kalo semua jadi doktor and jadi yang hebat2, sapa pulak nak kaji ikan? ilmuNya luas kot. boleh je kalo aku jadi aquatician, biologist --> sengaja aku merahkan menandakna yang aku sangat berbangga dengan apa yang aku belajar sekarang. dibumi yang Islamnya minoriti ni lah aku macam terbuka hati nak mendalami agama sedikit sebanyak. mungkinkah ini hikmahnya? 


banyak pulak aku membebel. ^^,   


ehh, korang kenal tak HLOVATE? beliau adalah penulis novel antaranya versus, aa+bb, rooftop, contengan jalanan and banyak lagilah. aku baru baca versus and contengan jalanan. best giler. korang kena baca jugak tau. cara penulisan lain dari yang lain, santai giler. takdak lah cintan cintun tangkap jiwang meraung-raung sangat macam novel2 tipikal yang lain. =_= jangan stereotaip sangatlah nisah :)  


p/s: 

  • entry ni panjang sebab aku baru habis midterm exam tadi. jadi macam best sikit nak menaip :D 
  • term2 yang tak paham tu boleh google sendiri
  • maaf kerana penggunaan 'aku' kepada yang lebih tua
  • maaf kalo penulisan aku ni macam agak berseni. (apakah??) atau berbelit-belit. :p
ma'assalamah
thanks for reading!!
assalam
adious~






No comments:

Post a Comment