blink2

Saturday, 26 May 2012

trip to pantai pandan | episode 4

assalamualaikum.

kum apa kombat, bat apa batman, men apa mentol, tol apa tola / tuala, la apa laksa, sa apa satu, tu apa tunang, nang apa nangka, ka apa kayu, yu apa yu bodoh -->ni bukan nk menghina sapa2 kay, tp ikan yu bodoh memang wujud kot..kome tau tak? meh nak tunjuk gambo ikan yu bodo yang kitaorang dapat masa g fieltrip aritu :)


gambo ni bukan snap kat pasar basah ea kawan-kawan. buktinya --> kau nampak kertas kat sebelah pinggan tu? buktinya kitaorang tengah buat fish identification untuk cari nama species. :D

ikan-ikan lain yang terdapat kat dalam pinggan itu : ikan sebelah ( first time kot aku tengok ikan sebelah yang fresh), ikan talang (yang selalu buat ikan masin tu), ikan bawal, ikan kilat, n ikan tenggiri.

yang macam tompok-tompok sikit tu la ikan yu bodoh aka ikan yu pasir. haishh, ntah la nape orang namakan dia yu bodoh. dia pon berhak dapat nama yang baik-baik. tak gitu ke?



ni ikan yu bodoh tadi. kau tahu, aku excited kot bila tengok ikan yu yang fresh ni. selalu dapat tengok kat tv je, ala, yang ikan jerung aka jaws aka shark tu. kan sepupu dengan ikan yu bodoh ni cuma dalam size yang besar la..hihkihkihk ;)

kat pokok tu ada resort. cantik tau tak time air pasang. dikelilingi air kay. boleh la kalo nak honeymoon kat sini. ehh??

masa ni nak naik bot pegi tengah laut. nampak kan tulisan UNIMAS kt life jacket tu? yang pakai life jacket tu budak-budak akuatik ler. untuk keselamatanlah kan :p 

dalam gambar dari kiri : asilah, nisah zainal, pakcik bot. topi wajib pakai kay. unless kau suka sangat dengan sunburn, tak payah ler pakai. budak akuatik jaga muka kot..haha :D

time ni tengah tarik jala yang dilepaskan almost 3jam ! 3 jam kot kami dok atas bot ni. pastu ada la adegan-adegan mabuk laut + muntah-muntah..haha..kelakar betul. tapi aku tak muntah. bila dah rasa mabuk tu, terus amik kesempatan tido jap..hehe..

oohh, utuk pengetahuan korang, dalam bot kami ni ada 2 orang lab demonstrator, sorang tengah buat master (yg pakai topi coklat), sorang tengah buat phd (yang rambut perang). tak dapat nak sembang-sembang dgn dorang sebab tengah mabuk laut.haha :D

keesokan harinya, kami terpaksa bertapa kat lab untuk kerja2 analysis result2 dapat masa fieldtrip. dah macam budak master. bekerja dengan microscope *amik aura budak master cikit..hikhikhik :p *

masing-masing muka ketat. haha. dari kiri : nisah yusof (aku ler tu), nisah zainal, ayu, susu, syu.
muka stress k muka stress =_+

p/s : sebenarnya dah lama nak update pasal field trip ni, tp kerja-kerja selepas pergi fieldtrip mencurah-curah dengan lebatnya. ayat haruslah masukkan unsur hyperbola.haha :p

okay. thanks for reading. assalam. adious~



Sunday, 20 May 2012

SPARKLE PROJECT! AWESOME!

assalamualaikum readers..

just short entry ^^

nisah punya idea utk SPARKLE PROJECT Yuna..hikhikhik.. ^^ sila klik SINI . kalo masuk website ni, boleh nangis dek kerana kecomelannya !


coklat yang berkenaan di import khas dari langkawi ke unimas..hihi.. special thanks kat kak nisah, rajin pulak dia post..well, nisah yang mengidam sangat. kalau dia tak post, nangis guling-guling la alamatnya =_=
tapi sebagai balasan, nisah kena belikan untuk dia kain, special from sarawak 
bertuah betul kak aku ni :D

nisah memang gila coklat, hantu coklat, chocoholic, dan seumpamanyalah. makan coklat ni sampai sakit gigi baru stop..haha..pastu gaduh nak p klinik gigi nak cabut gigi yang sakit tuh..bila dah tak sakit, tak dak hati plak nak g klinik gigi..haishh. budak ni, bagi penampar jepun baru beringat kot

ok..pakat2 la join sparkle project tu ea. kalo dapat samsung galaxy note pon ok jugak..kot-kot ler kak yuna murah hati kan? hikhikhik. tingginya angan-angan kau nisah =o=  :p


kbai assalam :D

Wednesday, 16 May 2012

lai...lai....crown tudung mali ;)

assalamualaikum readers

alhamdulillah, dipetang yg indah ni dapat lagi nisah menghapdate belog yang tak berapa best ni..hukhukhuk :p
kang blog ni merajuk padan muka kau :p errkk??


seperti tajuk kat atas ye readers sekalian, aku jadi mangsa keadaan tudung crown tu..isk isk isk :'(

haha..tak de la.. meh nak cerita sikit

pada suatu petang yang indah, pintu bilik aku diketuk berkali-kali
dalam hati : sapa la mai plak ni. dah la bilik bersepah *hikhikhik, kantoi :p

ooohhhh,,,rupa-rupanya housemate aku..dia tanya la, ehh nisah, ecah ada jual tudung crown. nak tengok tak?


tudung crown? macamna tu?


dia pon keluarkan tudung2 tu dari plastik

dan aku pon dengan muka teruja wow!!! cantiklah!!  (muka memang teruja beb..aku memang tak leh tengok benda-benda perempuan ni =_=" )



tergoda tak tergoda tak ? aku suka kaler pink tu, tapi baru aku sedar aku tak de baju kaler pink =_=





pada mulanya, aku tak nak beli pon sebab harga dia mahal sikit bagi aku. tak tau la bagi korang mungkin murah. kot?
aku pon just susun tudung-tudung tu atas katil, nak snap gambar. aku pon bermonolog dalamam : nanti boleh jual kat classmate..hikhikhik *otak mestilah bisnes !

pastu kan, ntah la benda apa yang merasuk diri aku suruh aku beli 1..hehe..disebabkan kawan aku ni kata boleh bayar ansuran. dengar macam sedap la sikit n duit aku tak la melayang banyak sekali gus,,hikhik :p

sebenarnya, perasaan kesian sangat menebal dalam diri aku tau tak. sebab tu aku beli jugak :p

lepas ni korang jangan jual apa-apa kat aku, habis la terbang duit aku..haha :p

nampak mancung hidung aku..haha..model tak berbayar. kbai

esoknya, aku terus pakai p kuliah..sambil-sambil promo tu, aku ni ala-ala model la, menggayakan jualan aku..hahaha nak muntah hijau dengar statement kau nisah


p/s : korang nak ke tdung ni? beli la pakai raya nanti. hand-made sulam, memang cantik kau tau. mau tak tergoda aku.haishh

p/s/s : housemate aku sepatutunya berterima kasih kat aku sebab aku iklankan jualan dia kat sini..haha :D

ok setakat ni je.. assalam.. kbai.. adious =)

Monday, 14 May 2012

tweet tweet!!

assalamualaikum readers sekalian

first of all, sebut alhamdulillah :)

just dropping by :)

just want to tell u --->
i got new twitter..wink2 *_= 

eleh, twitter tu dah berzaman kau tau tak??tak payah nak bangga sangatlah 


ok, fine..haha..

sapa nk follow i, sila klik link ni and tekan follow yer ;) https://twitter.com/#!/nisahyusof  so please check it out der !

bajet popular lettew


so what? haha..

kepada yang nk follow 2, follow la yer..new friends are welcome :)

p/s : maaf, entry kali ni sik da gambar

assalam :)
adious ~

Friday, 11 May 2012

ketembaman melanda

assalamualaikum readers

bismillahirrahmanirrahim

saat bergelumang dengan assignment, aku masih mampu lagi update blog..haha..

harini nak tulis entry dalam bahasa kedah :p

nak cerita sikit nih. mai nak habaq, cek makin tembam tau dak.

bukti --->

budak ni WANTED ok!!haha

mau tak tembam, hari-hari makan ayam goreng tau tak. ikan kat sini tak sedap. tak fresh. (sambil buat muka)

ok, hang demand betoi nisah =_=

kalo kat rumah, tiap-tiap mak hari goreng ikan. ikan goreng yang mak goreng dengan ikan goreng yang mak cik kafe goreng rasanya tak sama tau tak padahal ikan itu adalah ikan yang sama iaitu ikan 'temenung' aka ikan kembong.haha.

  fine! berbelit-belit. sila ketuk sikit budak nisah ni.

nama dia tipikal tak?haha. cek pon tak tau la awat orang kedah panggil ikan temenung. :D

nak habaq mai lagi ni, cek dah tau cara pakai tudung bawal yang nampak macam awesome gila..haha.. :D

eh, tapi menutup dada beb. tutup aurat fully ok. agak-agak hampa nak tau tak cara pakainya?

 cek tau mesti hampa semua dah tau kan?

cek ja yang lembab sikit..haha :p

nak cek buat tutorial tak?haha..

  jangan layan budak nisah ni, malam ni dia tak berapa betoi. semalam 2 jam ja cek tidoq. semua gara-gara assignment yang buat last minit. then, skip kelas pukul 8pg :p (jangan tiru kelakuan ini ya!)

p/s : entry kali ini tak mendatangkan faedah kepada yang membaca. tak dak info yang berguna. entry ini adalah kosong..haha -->apa yang aku merepek ni?

anyway, thanks for reading. kau memang cool beb..haha :D assalam. adious~

Thursday, 3 May 2012

kerana ukhwah itu...

assalamualaikum

sahabatku..
jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkan aku dengan amaran-amaran ALLAH
jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta
jika aku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga
jika di antara kita ada tembok pemisah, ajaklah aku meleraikannya dengan segera
jika pernah hatimu terluka disebabkan aku, luahkanlah agar aku boleh mengubah diriku

ya ALLAH, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu
Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku
Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling memikul amanah dakwah agamaMu
Kau jadikanlah ukhwah ini disemai atas redhaMu, teguhnya atas cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu

ya ALLAH, bahagiakanlah hatiku ini dan hati sahabatku ini dengan cinta kepadaMU
semoga ukhwah ini berterusan ~AMIN~

uhibbuki fillah
bersahabat kerana ALLAH
sayang kamu kerana ALLAH


photo taken nearby my faculty
love this moment
kau sahabat kau teman :)

sahabat till Jannah insyaALLAH

p/s : entry agak berbaur sentimental. k lah, tak mau kata pa dah. kbai. assalam. thanks for reading!! adious!