blink2

Thursday, 3 May 2012

kerana ukhwah itu...

assalamualaikum

sahabatku..
jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkan aku dengan amaran-amaran ALLAH
jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta
jika aku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga
jika di antara kita ada tembok pemisah, ajaklah aku meleraikannya dengan segera
jika pernah hatimu terluka disebabkan aku, luahkanlah agar aku boleh mengubah diriku

ya ALLAH, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu
Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku
Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling memikul amanah dakwah agamaMu
Kau jadikanlah ukhwah ini disemai atas redhaMu, teguhnya atas cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu

ya ALLAH, bahagiakanlah hatiku ini dan hati sahabatku ini dengan cinta kepadaMU
semoga ukhwah ini berterusan ~AMIN~

uhibbuki fillah
bersahabat kerana ALLAH
sayang kamu kerana ALLAH


photo taken nearby my faculty
love this moment
kau sahabat kau teman :)

sahabat till Jannah insyaALLAH

p/s : entry agak berbaur sentimental. k lah, tak mau kata pa dah. kbai. assalam. thanks for reading!! adious!





1 comment:

  1. jaga persahabatan itu sampai akhirnya ;)

    ReplyDelete