blink2

Monday, 16 July 2012

resepi : puding karamel

assalamualaikum wbt

harini nak share resepi puding karamel..memandangkan sekarang hanya goyang kaki sambil menjadi surirumah berjaya, inilah kerjaku sehari-harian..ecewahh :p

ekceli, tak dak life sangat dok umah ni..nak kuar jalan2 macam malas, tak mau susahkan ayah kena antar nisah..hurmm..ehh, tp tak pe sebab can give more time with family ecewahh :D kalo kuar cuma nak p driving class or market or kenduri-kendara..cuma baru2 ni boleh berpoya2 dengan mimi, le bestfriend sebab dia ada kereta n boleh drive aka supir gue..hek3 :p (supir tu auta :D )

ok ler der, nah resepi puding karamel :D

400ml susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik (kalo simpan telur dalam peti sejuk, keluarkan dulu biar suhu telur sama dengan suhu dapur tu aka equilibrium temp :D)
2 biji telur kuning-pada suhu bilik (pepandai ler nak asingkan..hew3 :p )
2-3 titik esen vanila

karamel
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
cara-cara :


Sediakan karamel:
Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air.
Masak di atas api sederhana.
Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air.
Masaklah sehingga perang.
Tuang ke dalam loyang.
Ketepikan.


 Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. 
Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. 
Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.


Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan. Jangan sampai mendidih.
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi.
Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

Tutupkan loyang dengan penutup periuk yg mcm bukit tu (ekceli ak tau apa nama dia =_=" ) or guna 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais


dan boleh dimakan..ekekeke :p


nah gambar. terliur tak terliur tak? cer try sendiri. kbai :D

Saturday, 14 July 2012

ceritera aku, unimas dan sains akuatik :)

assalamualaikum wbt


yuhuu semua..pewwiittt eleh, bajet org baca blog kau jek...haha :D alhamdulillah, kita bertemu lagi harini ^___^ kenapa gembira semacam?


entry kali ni cek nak cerita pasal unimas gemilang cek bersama sains akuatik cemerlang, gemilang, terbilang dan sangatlah awesome tu :)


suatu ketika dahulu, ditakdirkan cek dapat sains akuatik !


aku tak mintak pon kos bendalah ni.. upu nk sabotaj aku ka ni?? grrr, sapa yang bubuh nama aku dalam kos ni nih? kos apa ni?? ishh, kena berenang ka?? nanti nak keja apa? kenapa aku? kenapa? kenapa? 
soalan2 ni bertapa dalam kepala aku buat beberapa lama sambil airmata mencurah-curah lebatnya *hiperbola sikit..hew3


well, dulu sangat tak open minded..ntah apa-apa la aku fikir nih..susah nak terima sebab kena sambung blajar jauh kt borneo nuh..memang dalam list upu tu tak dak langsung negeri2 borneo nih *eleh, bukannya oversea lagi pon :D


hey nisah! take it as a challenge la..your experience akan lebih awesome dari kawan2 hang yg just blajar kat semenanjung eleh, sarawak ja pon..tak payah nak kerek sangat :p tp bukan semua orang dapat experience ceggini..bukan semua orang dapat peluang p sarawak..bak kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan ecewah, nak pepatah bagai la pulak :p *unless kalo kome anak orang kaya, nak p setiap minggu pon boley..hew3 :p*


pasrah dan redha ja..dan yakin yang ALLAH dah aturkan sesuatu yang lebih indah dimasa hadapan walaupon sekarang terpaksa bersusah-susah dahulu..mungkin kalo belajar dalam sains akuatik ni kita lebih cemerlang, mana tau kan..semuanya bergantung atas usaha dan the power of doa..ALLAH tau yg lebih terbaik utk kita..tak gitu??


ok la..malas lagi nak membebel panjang-panjang..lets the photo tell the story..ecewah :D

ini separuh geng akuatik batch 2011/2012 "lets dive n strive for glory" tu la moto kami "ermm, tp berenang pon tak reti lagi, cena nak menyelam plak?" menyesal kecik2 dulu tak belajar berenang =_=

syud n najah..tepi tu kolej sakura..kolej sakura dekat gila dgn fakulti..sekangkang anak kera je..ciss bedebah..untungla mereka yang dapat kolej ni =_="

tak paham..awat yang suka sangat nak amek pemandangan water tower

oouhh..mereka ma beshh fwen kt sini..hew3 :p nisahzainal, syud, najah n kak farah

candid ery, nona n naza..nampak cantik lak berlatar belakangkan water tower n tasik dan juga love bridge ^__^ kenapa love brigde? sbb org dating kt sini dan kemudian fall in love with this bridge..mungkin fall in this lake..haha padan muka..tu la nk dating sangat

sebelah itu kolej bunga raya..masa ni tak dak awan..plankton berehat sekejap dari menghasilkan awan :D

ni shopping mall dlm unimas..terkejut tak terkejut tak?haha..ni library aka cais

salah satu gugusan pulau dlm tasik unimas nih..ada brpa ntah pulau..tak kira pulak..hew3 :p

masa fieldttrip ke pantai pandan

ini pon

ini juga

ini serikin, sempadan kalimantan-sarawak..boleh la berlagak sikit kat orang ckp dah sampai indonesia..hew3 ;p


konklusinya : boleh je nak menutut ilmu kt mana2. ilmu ALLAH kn luas..semoga dapat keredhaan dan keberkatan dalam menuntut ilmu insyaALLAH..paling penting kos sains akuatik SANGAT AWESOME n sangat ENJOY dpt study dalam kos ni :D alhamdulillah


p/s : redha dan pasrah adalah perkara yang berbeza
p/s lagi : use the power of doa..jangan lokek sangat nak berdoa..grab that chance ok..tmbah2 time lepas solat..time tu aurat kita paling sempurna insyaALLAH
p/s lagi lagi : check it out for entry masa p fieldtrip ke pantai pandan kat SINI, SINI, juga SINI


kbai..assalam..thanks for reading blog yg xseberapa nih :p adious ^___^





Saturday, 7 July 2012

oohh..belogku dah bersawang

assalamualaikum bloggers

ya ALLAH, dah lama sangat nisah tak sentuh blog ini..maafin hambe atas kesulitan yg berlaku,,hew3..internet malam ni sangat berkelakuan baik harini..terima kasih terima kasih :) oohh ye, sekarang nisah dah balik rumah HOME SWEET HOME tanah tumpah darahku jelapang padi..so boleh la menggemukkan badan ni sewenang-wenangnya..hew3

kelmarin belajar masak pasta..belajar sendiri ok, cari resepi sendiri..disebabkan my mom pergi kenduri kt KL, jadi dapur itu milik gua selama beberapa hari..hew3 :p

nah gambar


nama pasta ni : spiral pasta with lovely shrimp bersama sos si hitam manis-manis masam..heeee :) nisah tau kome tengah gelak kan? kenapa namanya peliks semacam? ohh, ini semua gara-gara masterchef.. nama mestila hebat macam dalam masterchef..haha :D sila gelak golek-golek kuar airmata darah sekarang.. :DD
cik nisah ni berangan nk masuk masterchef letteewww.. i nak amik feel sikit ala-ala masterchef ler kome sume..haishh.. :p

dah2, arini nak share resepi pasta ni :)

senang je, bahan-bahan pon senang didapati :)

bahan-bahan : (5-6 org)

250g pasta. ikot suke kome la nk pasta jenis cena..celurkan smpai lembut, toskan and terus gaul dgn minyak..kalo tak gaul nanti pasta2 ni melekat-lekat
10-15 ekor udang..lagi banyak lagi best
1 cawan hirisan cendawan..dalam ni nisah letak cendawan bukan dalam tin memandangkan tak jumpa tanda halal kt tin-tin tu..guna cendawan shitake fresh, perlu rebus dan buang airnya dan rebus lagi..ni sebab nak buang baunya yg kurang enak :p
3-4 anak jagung, dihiris serong
sosej (optional)
isi ketam (optional)

untuk dikisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1-2 cili merah (kalo ikotkan kita tekak melayu nak pedas, boleh letak cili kering yg dikisar, cili giling ke and so on la sesuai dengan tahap kepedasan anda and family :)

untuk sos
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato 
1 1/2 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap (sesuai dengan kemasinan dan kehitaman yg molek) 

cara-cara

1. panaskan minyak (dalam 3 sudu besar) and goreng cendawan hingga kuning keemasan. guna minyak yang sama, tumis bahan2 kisar, masukkan sos. tumis hingga pecah minyak (terbit minyak) kalo rasa macam minyak kurang, tambah sikit..jgn lupa tengokkan api, jgn besar sangat :P

2. dah pecah minyak, masukkan semua bahan-bahan kecuali pasta (udang, anak jgung, sosej, ketam, cendawan n etc ).. masukkan air (ikut suka banyak mana) tunggu mendidih. tengokkan api selalu ye. :D

3. dah mendidih, masukkan pasta tersebut.. tambah gula, garam, perasa secukup rasa..tapi lagi best kalo ganti garam dengan kicap..pastu dah rasa macam "perghh, sedap giler" boleh la angkat..hidangkan panas2 lagi pergggghhhh..haha :p

untuk sos tu, optional je..disebabkan nisah tak pandai merasa, rupa-rupanya tawar ,,hik3 :p then i buat la sos tersebut :p

cara2 : masukkan kicap, perah limau nipis, gula sikit n cili padi..orang kedah panggil cabai melaka (ikot suka berapa bijik mengikut tahap kepedasan yg anda suka) then rasa la masam, manis, n masinnya :p

sedia dihidang :p 

selamat mencuba u guys

assalam  

 quote yg nisah rasa macam awesome :
 jangan difikir letihnya usaha tapi fikirkan manisnya kejayaan