blink2

Monday, 16 July 2012

resepi : puding karamel

assalamualaikum wbt

harini nak share resepi puding karamel..memandangkan sekarang hanya goyang kaki sambil menjadi surirumah berjaya, inilah kerjaku sehari-harian..ecewahh :p

ekceli, tak dak life sangat dok umah ni..nak kuar jalan2 macam malas, tak mau susahkan ayah kena antar nisah..hurmm..ehh, tp tak pe sebab can give more time with family ecewahh :D kalo kuar cuma nak p driving class or market or kenduri-kendara..cuma baru2 ni boleh berpoya2 dengan mimi, le bestfriend sebab dia ada kereta n boleh drive aka supir gue..hek3 :p (supir tu auta :D )

ok ler der, nah resepi puding karamel :D

400ml susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik (kalo simpan telur dalam peti sejuk, keluarkan dulu biar suhu telur sama dengan suhu dapur tu aka equilibrium temp :D)
2 biji telur kuning-pada suhu bilik (pepandai ler nak asingkan..hew3 :p )
2-3 titik esen vanila

karamel
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
cara-cara :


Sediakan karamel:
Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air.
Masak di atas api sederhana.
Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air.
Masaklah sehingga perang.
Tuang ke dalam loyang.
Ketepikan.


 Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. 
Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. 
Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.


Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan. Jangan sampai mendidih.
Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi.
Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

Tutupkan loyang dengan penutup periuk yg mcm bukit tu (ekceli ak tau apa nama dia =_=" ) or guna 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais


dan boleh dimakan..ekekeke :p


nah gambar. terliur tak terliur tak? cer try sendiri. kbai :D

No comments:

Post a Comment