blink2

Saturday, 1 September 2012

ceritera raya 2012 kompilasi semua episode :p

assalamualaikum wbt readers :)

hai hai hai. Moshi moshi. Genap sebulan gue tak update belog :p

tajuk entry : Ceritera Raya 2012 Kompilasi Semua Episode. Episode apalah sangat kan. *mata ke atas, tangan dibahu, dan buat gaya gediks. ahaks :p*. hekhekhek entry ni compile kisah beraya di rumah, beraya dengan adik beradik dan juga beraya dengan rakan taulan sekalian disebebkan cek tak larat nak buat entry berepisode la der.

First of all *eceh, english la pulak :p , nisah nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. kisah pasal raya? harap cerita pasal raya tak basi lagi hukhukhuk batuk sekejap :p saja ja nak share sekilo dua gambau kat sini. Silalah cuci mata yang bertahi tu harharhar :D



bazar ramadan taman aman yaww (cerita pasal bazar dah basi)
itu abg gue



geng sepupu sepapat + pertunangan sepupu
tapi barisan kedua kiri hujung sekali pakai baju n tudung biru ialah kak sulung gue :)



suatu pagi di hari raya, semua pakat bermaaf-mafaan dan "lekaih p beratuq, tokwan nak bagi duit raya nuh"
dari kiri : pa'an (anak buah no.2, darjah 4), amin (anak buah no.7, 6tahun), tok wan (superhero gue la) n tok (mama gue yg gorgeous hiks :)



raya pertama alif naziran. Amboi, hg qhenyih sakan noh. Syok makshu bg duit raya leteww. Gambar ni satu dalam seribu sebab anak buah gue yg ni susah gila senyum time orang nak amik gambaq. Makshu terasa seperti satu kemenangan..harharhar :D *gelak jahat*
dr kiri : suami kak imah (abg ipar gue), aliff naziran (anak buah no.8, 3bulan kot) n kak imah (kakak gue no.4)

nak dijadikan cerita, malam raya kedua, rumah kami menjadi rumah terbuka dengan TIDAK SENGAJA! Pukul 5.30 petang baru dapat tau adik beradik sebelah ayah nak mai konvoi raya. Ramai kot habaq hang. Takkan nak jamu kuih raya ja. Ketupat rendang suma dah habis anak cucu ayah makan*termasuk aku :D*. Depa nuu nak mai dlm pukul 9 malam. Bila aku tengok suasana kelam kabut tu, terasa seperti dalam rancangan masterchef slot memasak berkumpulan*bajet*. Masak kalut2, 2jam setengah je weyh nak masak utk 80 org++, ada limit masa pulak tu. Serius macam masterchef *bajet lagi*. Fuhh akhirnya siap jugak + sedap gila. Nasib baik tak dak penyingkiran *okay, aku mengarut pasal penyingkiran bagai tu :p







kami bajet retis dirumah terbuka mak njang sebelah mak
*sebenarnya makshu yang ajaq buat bajet retis + hot :D
dalam gambar dari kiri : gue, najihah (anak buah no.1, tingkatan 2 sudaa)


akikah anak sepupu kepada isteri abang emi. kot?
dari kiri : najihah, kak ina, kak zaini isteri abg emi, mama the gorgeous, abg emi, danish (anak buah no.5, darjah 1), wafa (anak buah no.3, darjah 4)


daddy, the superhero. he's already 65 y/o and still playing badminton 3 days a week. ALLAH, kekalkanlah kesihatan ayah dan mak aku :')


open house rumah rakan taulan, fatin farhanah the tuan rumah :)
kami semua bajet retis. Hampa ada?


candid. Kepala gue nampak sekerat je, ciss
setelah kekenyangan menghadiri rumah terbuka dan tertutup, kami juga menziarahi tasik darulaman jitra sambil perasan jadi photographer dan rakan taulan menjadi model. Hampa ada? harharhar :D

ok ler. Sekali lagi, Selamat hari raya maaf zahir dan batin. mungkin aku ada terbuat salah silap yang aku tak perasan, terguris perasaan secara sengaja dan tak sengaja, dan segala TER, ingatlah, saya hanya manusia biasa yang selalu buat salah. Maafkan saya ye? plss O_0 buat mata bulat seperti puss in boot :)

ok..Assalam. Abaikan yang mengarut :)
with love,
nisahyusof