blink2

Wednesday, 31 July 2013

How I Style My Hijab with AfinMuslimah

Assalamualaikum wbt

Salam Ramadan Kareem. Pejam celik pejam celik kita dah dalam final phase of Ramadan iaitu 10 malam terakhir. Subhanallah, teringin sangat rasanya nak bertemu malam Lailatul Qadar. Banyakkan ibadah, mintak keampunanNya, mohon moga Ramadan kali ini bukan Ramadan terakhir dan semoga lebih bermakna.

Ok back to the topic, how I style my hijab with AfinMuslimah. The hijab nisah maksudkan ialah Lanny shawl from afin muslimah, measurement 45’ x 50’, not very square la, more to rectangle. Tapi tutorial shawl yang nisah buat ni sesuai juga untuk square hijab 45’ and 50’ (bawal atau akel or any type of square hijab). Bidang 60’ tak penah buat lagi, tapi mungkin sesuai jugak J


Disebabkan ramai request, Tanya nisah “eh, pakai macam mana shawl ni? tutorial pls?” haaa, ni nisah dah buat. Yang bestnya, style ni labuh depan belakang, tip top cover aurat anda dengan sempurna InsyaALLAH. Here we go!! Moga Allah beri kefahaman kepada anda semua J


1.    Pakai lanny shawl yg bahagian panjang atas kepala, sebelah panjang sebelah pendek sikit je. Reason: supaya kat depan tak terlalu labuh and cun cun bila lilit ke atas kepala. pin-kan.




2.  Tarik shawl yang sebelah pendek ke depan dan jadikan segi tiga dibelakang.




3.      Kemudian, lipat shawl ke atas kepala supaya tak terlampau labuh di belakang. Adjust ikut keselesaan. Jangan terlalu singkat pulak ye. Then, pin kat sebelah kiri and kanan kepala. p/s: step ni macam Heliza Helmi sikit




4. Tarik hujung shawl dan lilitkan ke atas kepala. Adjust supaya shawl tu terletak di tengah kepala dan pin-kan. Yang step num 1 tu, benefit kat sini la supaya shawl betul2 terletak kat atas kepala disamping still labuh kat depan.







5. Kemaskan kiri dan kanan. And tadaaaa, dah siap! Senang tak? Boleh paham idok ni? 

See, belakang pon labuh and boleh adjust jadi laaaagiiii labuh.

Boleh ler pakai style ni kan raya nanti hihi.. insyaALLAH, moga ALLAH redha dan semoga bermanfaat. Kalau ada apa2 pertanyaan atau feedback atau nak share keterujaan sebab berjaya ikut tutorial ni, boleh lah pm nisah kat FB ye. This tutorial style is credited to AfinMuslimah (di instagram) and facebook Izzatul Najwa Afin. And yes, nisah blajar tutorial ni pon dari owner AfinMuslimah merangkap kawan nisah masa matrik dulu heeee. And diorang ada banyaaakk lagi hijab and clothing yg ikut syariat. Pls check out their online shop dear solehah! AfinMuslimah really rocks!


please spread the goodness! selamat mencuba! assalamualaikum!

with love
nisahyusof ;)

Wednesday, 22 May 2013

Hikmah Demam :)

assalamualaikum

ok, entry kedua dalam masa satu hari setelah 5 bulan tak update apa-apa kat sini hekhekhek.

Kisah basi sebulan yang lalu,
"Ringgg ringgg" ensetku bunyi lagu..mak kol *actually, aku tak ingat, mak atau aku yang kol hehe*
cakap rabung dengan mak sat...bla..bla..bla...dah habis cakap, then dapat sms dari akak ipar, dia tulis mintak tolong aku pujuk ayah p hospital. What?! Hospital? Kenapa nk kena pjuk ayah? Kenapa dengan ayah? Kenapa mak tak bagitau apa2 pon kat aku tadi? Akak cakap ayah demam teruk, dah 2-3 hari tak bangun, makan pon tak mau. Tahu lah aku yang mak tak nak aku runsing memandangkan tadi aku mengadu macam2 dengan mak pasal assignment lah, konflict zaman lewat remaja lah and so on.

Hurm, sepanjang aku hidup 21 tahun ni, tak penah aku nampak ayah demam seteruk ni. Macam-macam dah benda bukan2 aku fikir. Allahu, nangis. Yalah, ayah dah tua, 66 tahun dah umur dia, tapi dia masih kuat, masih boleh main badminton 3kali seminggu lagi ok. Then, aku pon sms kat ayah, pujuk dia bla..bla..bla..gaya berleter pon ada gak. Pastu, setiap hari la kot lepas tu aku kol mak, tanya khabar ayah..Tapi ntah la napa aku sendiri tak cakap phone sendiri dengan ayah. Aku dah tak ingat huhu..alhamdulillah, ayah dah semakin pulih :)

Suatu hari dalam kelas, aku dapat message dari ayah
"22hb apr. Mula demam. 2 hari 2 malam tak bangun, tak makan, tak minum, nak makan, tapi tak lalu. selepas tiga hari tak merokok, dan sehingga hari ini masih tak merokok. Alhamdulillah, ayah berjaya atasi merokok."
Terasa bahang basah pipi. Dalam diam, dalam kelas aku menangis, syukur. *ok, sekarang tengah taip nak nangis lagi*. Berita gembira! Alhamdulillah! Then balik rumah terus kol mak tanya kenapa ayah tak merokok dah. Pelik lah jugak sebab beliau perokok tegar kot! Mesti ada sebab jugak kan. Mak cakap, kata ayah, bila dia merokok, dia dah tak rasa sedap lagi serta bestnya merokok sejak demam hari tu :)

Well said, hikmah demam bagi ayah :)

Dulu penah baaannyyaakkk kali aku, mak, kakak, berleter kat ayah supaya berhenti merokok. Banyak kali ayah dengar leteran yang sama sampai aku rasa haisshh mustahil ayah nak berhenti. Mak dah kering idea nak buat macam mana lagi bagi berhenti. dulu penah mak sembunyikan kotak rokok, lighter la n macam2 la, lucu betul bila ingat balik hehe :D

Walaupon dulu ayah seorang perokok tegar sampai umur sekarang 66 tahun, tapi ALLAH itu Maha Kuasa kan. Allah ubah ayah daripada seorang perokok tegar menjadi pembenci rokok huhu i guess and i hope! InsyaALLAH :) Semoga ayah Allah permudahkan ayah untuk melupakan rokok laknatullah tersebut! Pls pray for my ayah :)

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: Jadilah!" maka terjadilah ia" [Yasin : 82]
Semoga ayah tak merokok lagi sampai bila2 :')

saya sayang ayah saya :')

Semalam, 21/5 dapat message dari ayah
"hari ini dah genap sebulan ayah tak merokok. Alhamdulillah"
Mata basah lagi. Syukur. :)

with love
nisahyusof


short entry for may 2013

assalamualaikum :)

ALLAHU, rindu sangat nak tulis kat sini. Corat-coret pengalaman sem4. Tapi tak sempat + agak malas hehe.

and pls check out this blog, IZNI ARIFAH, a friend of mine. Her thought, her writing is awesome! nanti nak request kt dia buat cerpen ala2 Hlovate! mesti best! :)

p/s : tak lama lagi dah nak study week, final exam and then balikkkk.. cant wait for another 31 days!

Sunday, 27 January 2013

Past, Present and Future

assalamualaikum wbt

Entry yang agak panjang. Tak paksa untuk dibaca. Mungkin boleh dibuat pengajaran. Kisah sem3 yang biasa2 sahaja. Tak da benda yang menarik bagi kalian tapi menarik bagi aku, kerana ALLAH dah tetapkan untuk aku, dan aku dah laluinya dengan sabar.

PAST :

Mengenai benda yang lepas, sem lepas adalah sem yang agak tak best. ALLAH hantar beliau untuk uji aku.*respect sbb beliau insan terpilih* Mungkin inilah pre-real life test.. Ini baru permulaan, baru zaman universiti, baru nak merangkak-rangkak mengenal erti hidup. Mana nak tau suatu hari nanti ujian yang datang lebih dahsyat. Maka, Allah test awal2 supaya aku lebih bersedia di hari muka. Supaya aku lebih tabah. Tabahlah wahai hati, dunia ja semua ni.

Semoga ALLAH lembutkan hati kau, aku, kita semua. Semoga aku, kau, kita semua tak hanyut dengan tipu daya dunia, syaitan dan yahudi. ohh, kenapa yahudi jgk yg aku mention? Sbb depa cipta laman sosial spt mukabuku, pencicit dan belog dimana org boleh mengekprestasikan perasaan depa dengan mengata, mencaci, or whatsoever melalui laman sosial ini. dan dari sinilah boleh mencetuskan perbalahan. dan mereka yakni yahudi sangat seronoklah apabila perbalahan ini terjadi dalam kalangan orang islam. Dan kita ni nampak tersangatlah bodoh! Time kita geram kita tulis ja apa nak ditulis kan, then bila orang yang bersangkutan terbaca, start dari situ yg tak best tu. Bodohkan kita? Dan supaya aku tidak sakit hati dan tidak sakitkan hati sesiapa lagi, aku deactivate twitter sekejap.

dan sem lps jgk aku agak lalai. ntah la. Aku dah tak join usrah sebab aku tak dapat kolej, kena duduk rumah sewa kt luar. Macamna nak topup iman ni yang menipis ni? Bagi aku, baca Quran saja tak cukup tanpa pengisian. Aku dahagakan ilmu akhirat. ALLAHU, semoga ALLAH hadirkan insan-insan yang dapat membimbing aku dunia dan akhirat.

Pasal usrah tu, aku tak dak transport sendiri nak p. Selalu kena ligan bas.  Bas pulak, MasyaALLAH, ramainya umat! Harap pihak uni dapat la tambah bas sebijik dua lagi. Kalo tertinggal bas, jalan kaki 15 minit untuk ke depo bas (depo bas = stesen bas uni). Kadang-kadang bawak laptop, angkutlah laptop yang berat 2kg tu kat belakang sambil berharap ada la sapa2 yang baik hati nak tumpangkan. Kalo hujan nak nak tak bawak payung pulak, basah kuyup la kan. Tapi Alhamdulillah la. Syukur aku masih ada kudrat nak jalan kaki. Aku ni sapa nak merungut. Setakat dapat p klas tu alhamdulillah. Takleh la manja sangat kan. Kuat la sikit hanisah ooiii.

Kat sini bukan nak berlagak baguih ka apa join usrah bagai. Tapi sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita yang kadang2 kita tak terperasan kita dah tersasar jauh dari landasan. Betul weyh! Ada suatu hari aku boleh tak perasan itu adalah aib dia. Dan apabila aku kena brainwash, baru aku sedar "a'ah, tu kan aib dia.Bodohnya aku ni!!" *Tumbuk muka sendiri* Join usrah ni adalah satu rahmat tau tak.

tapi bukan semua benda tak best. Ada yang lagi best! Aku dapat kawan2 yang best. Dulu tak rapat, sekarang dah rapat. Kan best tu! Dulu jarang bertegur sapa, sekarang boleh gusti, wrestling. Kan best tu! Dulu kt kolej kena basuh baju dgn tangan,sekarang dah maju, ada mesin basuh. Kan best tu! Dulu kat kolej tak boleh masak, sekarang boleh masak macam-macam. Kan best tu! Tapi kadang2 malas jugak nak masak. Huhu. Buat esainmen pon senang. Tak tahu apa2, terus tanya kepada yang pakar, kawan2 aku semua pandai2. Aku jugak tak berapa nak pandai huhu. Dan aku harap aku dapat jaga silaturrahim ini. Indah rasanya. Cara percakapan, pergaulan, tingkah laku kena jaga supaya dapat menyenangi hati semua orang. Kita hidup dalam masyarakat. Kadang-kadang tak perasan yang kita ada lukakan hati sesiapa. Seriusly tak perasan. Kadang-kadang kita tak tahu yang perkara dibawa melawak itu menyakitkan hati. Pendam ja. Once dah meletup, Allah, parah.

Kawan-kawanku, nisah mintak maaf andai tersalah bicara, melawak tak kena tempat, terkasar bahasa, tersakit anggota, terpekik di telinga, tertendang ketika tidur, terconteng buku, terjeling sakan, terterasa tak tentu pasal (pms kot), bertanya benda yang sama sampai naik jemu (maaf ye, saya tak pandai macam kalian..hihi), halalkan makan minum yang hampa masak, sedap kot! terbaik la. InsyaALLAH, sem depan kita jumpa lagi. Bertemu kerana ALLAH, berpisah kerana ALLAH. Kita mempunyai matlamat yang sama iaitu menuntut ilmu.



PRESENT :

Cuti sem yang ditunggu-tunggu ! Berehat serehat-rehatnya, sem depan kembali berjuang! ALLAHU, nikmat nikmat dapat makan masakan mak :') kalau lah masakan aku sedap macam masakan mak. ALLAH :') nikmat berada disamping keluarga. :') NIKMATNYA!


FUTURE :

Semoga aku lebih bersedia menempuh sem depan. Semoga aku lebih tabah apabila diuji ALLAH. Semoga aku tak bermalas-malasan. Semoga aku lebih rajin. Semoga hati aku lebih bersih, kalau ada yg mengata, buat tak tau ja, doakan ja mereka. Semoga aku bahagia. Semoga aku lebih cintakan ilmu. Semoga ilmu senang diserap. Semoga aku tersenarai dalam dean's list. Semoga aku lebih bersyukur. Semoga aku lebih banyak zikir, jangan lalai. Semoga aku lebih matang. Semoga aku lebih disenangi kawan2. dan banyak lagi.. Biarlah rahsia antara ALLAH dan aku.

Dan aku nak hargai orang sekeliling aku dengan hadiah. Tapi jangan la mintak pulak dari aku. Takot2 aku tak ikhlas pulak bagi kan. Biar aku bagi sendiri dengan ikhlas. Best oo bagi hadiah, cer try. Dapat hadiah pon best!

Nak buat tabung bahagia. Jom buat! Tulis segala nikmat yg kita dapat tiap2 hari kt kertas comel warna-warni, pastu masukkan dalam tabung atau bekas. Akhir tahun, kita bukak tabung tu and baca balik segala nikmat yang kita dapat sepanjang tahun. InsyaALLAH, dapat menjadikan kita hamba yang bersyukur. :)

dan aku dah 21 tapi not official yet.

May ALLAH ease everything. Readers, Please pray for me. May ALLAH bless and ease u too :)
Alhamdulillah, all praises be to ALLAH.
And forgive me, for all mistakes that i've done. Mana tau sem depan tak berjumpa lagi :') kot-kot ler dapat tawaran uni lain pulak kan hihi

okbai, assalam

p/s : nak letak gambar kawan2 yg best tu, tapi internet lembab plak. Alahai broadbandku.

with love
nisahyusof