blink2

Sunday, 27 January 2013

Past, Present and Future

assalamualaikum wbt

Entry yang agak panjang. Tak paksa untuk dibaca. Mungkin boleh dibuat pengajaran. Kisah sem3 yang biasa2 sahaja. Tak da benda yang menarik bagi kalian tapi menarik bagi aku, kerana ALLAH dah tetapkan untuk aku, dan aku dah laluinya dengan sabar.

PAST :

Mengenai benda yang lepas, sem lepas adalah sem yang agak tak best. ALLAH hantar beliau untuk uji aku.*respect sbb beliau insan terpilih* Mungkin inilah pre-real life test.. Ini baru permulaan, baru zaman universiti, baru nak merangkak-rangkak mengenal erti hidup. Mana nak tau suatu hari nanti ujian yang datang lebih dahsyat. Maka, Allah test awal2 supaya aku lebih bersedia di hari muka. Supaya aku lebih tabah. Tabahlah wahai hati, dunia ja semua ni.

Semoga ALLAH lembutkan hati kau, aku, kita semua. Semoga aku, kau, kita semua tak hanyut dengan tipu daya dunia, syaitan dan yahudi. ohh, kenapa yahudi jgk yg aku mention? Sbb depa cipta laman sosial spt mukabuku, pencicit dan belog dimana org boleh mengekprestasikan perasaan depa dengan mengata, mencaci, or whatsoever melalui laman sosial ini. dan dari sinilah boleh mencetuskan perbalahan. dan mereka yakni yahudi sangat seronoklah apabila perbalahan ini terjadi dalam kalangan orang islam. Dan kita ni nampak tersangatlah bodoh! Time kita geram kita tulis ja apa nak ditulis kan, then bila orang yang bersangkutan terbaca, start dari situ yg tak best tu. Bodohkan kita? Dan supaya aku tidak sakit hati dan tidak sakitkan hati sesiapa lagi, aku deactivate twitter sekejap.

dan sem lps jgk aku agak lalai. ntah la. Aku dah tak join usrah sebab aku tak dapat kolej, kena duduk rumah sewa kt luar. Macamna nak topup iman ni yang menipis ni? Bagi aku, baca Quran saja tak cukup tanpa pengisian. Aku dahagakan ilmu akhirat. ALLAHU, semoga ALLAH hadirkan insan-insan yang dapat membimbing aku dunia dan akhirat.

Pasal usrah tu, aku tak dak transport sendiri nak p. Selalu kena ligan bas.  Bas pulak, MasyaALLAH, ramainya umat! Harap pihak uni dapat la tambah bas sebijik dua lagi. Kalo tertinggal bas, jalan kaki 15 minit untuk ke depo bas (depo bas = stesen bas uni). Kadang-kadang bawak laptop, angkutlah laptop yang berat 2kg tu kat belakang sambil berharap ada la sapa2 yang baik hati nak tumpangkan. Kalo hujan nak nak tak bawak payung pulak, basah kuyup la kan. Tapi Alhamdulillah la. Syukur aku masih ada kudrat nak jalan kaki. Aku ni sapa nak merungut. Setakat dapat p klas tu alhamdulillah. Takleh la manja sangat kan. Kuat la sikit hanisah ooiii.

Kat sini bukan nak berlagak baguih ka apa join usrah bagai. Tapi sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita yang kadang2 kita tak terperasan kita dah tersasar jauh dari landasan. Betul weyh! Ada suatu hari aku boleh tak perasan itu adalah aib dia. Dan apabila aku kena brainwash, baru aku sedar "a'ah, tu kan aib dia.Bodohnya aku ni!!" *Tumbuk muka sendiri* Join usrah ni adalah satu rahmat tau tak.

tapi bukan semua benda tak best. Ada yang lagi best! Aku dapat kawan2 yang best. Dulu tak rapat, sekarang dah rapat. Kan best tu! Dulu jarang bertegur sapa, sekarang boleh gusti, wrestling. Kan best tu! Dulu kt kolej kena basuh baju dgn tangan,sekarang dah maju, ada mesin basuh. Kan best tu! Dulu kat kolej tak boleh masak, sekarang boleh masak macam-macam. Kan best tu! Tapi kadang2 malas jugak nak masak. Huhu. Buat esainmen pon senang. Tak tahu apa2, terus tanya kepada yang pakar, kawan2 aku semua pandai2. Aku jugak tak berapa nak pandai huhu. Dan aku harap aku dapat jaga silaturrahim ini. Indah rasanya. Cara percakapan, pergaulan, tingkah laku kena jaga supaya dapat menyenangi hati semua orang. Kita hidup dalam masyarakat. Kadang-kadang tak perasan yang kita ada lukakan hati sesiapa. Seriusly tak perasan. Kadang-kadang kita tak tahu yang perkara dibawa melawak itu menyakitkan hati. Pendam ja. Once dah meletup, Allah, parah.

Kawan-kawanku, nisah mintak maaf andai tersalah bicara, melawak tak kena tempat, terkasar bahasa, tersakit anggota, terpekik di telinga, tertendang ketika tidur, terconteng buku, terjeling sakan, terterasa tak tentu pasal (pms kot), bertanya benda yang sama sampai naik jemu (maaf ye, saya tak pandai macam kalian..hihi), halalkan makan minum yang hampa masak, sedap kot! terbaik la. InsyaALLAH, sem depan kita jumpa lagi. Bertemu kerana ALLAH, berpisah kerana ALLAH. Kita mempunyai matlamat yang sama iaitu menuntut ilmu.



PRESENT :

Cuti sem yang ditunggu-tunggu ! Berehat serehat-rehatnya, sem depan kembali berjuang! ALLAHU, nikmat nikmat dapat makan masakan mak :') kalau lah masakan aku sedap macam masakan mak. ALLAH :') nikmat berada disamping keluarga. :') NIKMATNYA!


FUTURE :

Semoga aku lebih bersedia menempuh sem depan. Semoga aku lebih tabah apabila diuji ALLAH. Semoga aku tak bermalas-malasan. Semoga aku lebih rajin. Semoga hati aku lebih bersih, kalau ada yg mengata, buat tak tau ja, doakan ja mereka. Semoga aku bahagia. Semoga aku lebih cintakan ilmu. Semoga ilmu senang diserap. Semoga aku tersenarai dalam dean's list. Semoga aku lebih bersyukur. Semoga aku lebih banyak zikir, jangan lalai. Semoga aku lebih matang. Semoga aku lebih disenangi kawan2. dan banyak lagi.. Biarlah rahsia antara ALLAH dan aku.

Dan aku nak hargai orang sekeliling aku dengan hadiah. Tapi jangan la mintak pulak dari aku. Takot2 aku tak ikhlas pulak bagi kan. Biar aku bagi sendiri dengan ikhlas. Best oo bagi hadiah, cer try. Dapat hadiah pon best!

Nak buat tabung bahagia. Jom buat! Tulis segala nikmat yg kita dapat tiap2 hari kt kertas comel warna-warni, pastu masukkan dalam tabung atau bekas. Akhir tahun, kita bukak tabung tu and baca balik segala nikmat yang kita dapat sepanjang tahun. InsyaALLAH, dapat menjadikan kita hamba yang bersyukur. :)

dan aku dah 21 tapi not official yet.

May ALLAH ease everything. Readers, Please pray for me. May ALLAH bless and ease u too :)
Alhamdulillah, all praises be to ALLAH.
And forgive me, for all mistakes that i've done. Mana tau sem depan tak berjumpa lagi :') kot-kot ler dapat tawaran uni lain pulak kan hihi

okbai, assalam

p/s : nak letak gambar kawan2 yg best tu, tapi internet lembab plak. Alahai broadbandku.

with love
nisahyusof

No comments:

Post a Comment