blink2

Wednesday, 22 May 2013

Hikmah Demam :)

assalamualaikum

ok, entry kedua dalam masa satu hari setelah 5 bulan tak update apa-apa kat sini hekhekhek.

Kisah basi sebulan yang lalu,
"Ringgg ringgg" ensetku bunyi lagu..mak kol *actually, aku tak ingat, mak atau aku yang kol hehe*
cakap rabung dengan mak sat...bla..bla..bla...dah habis cakap, then dapat sms dari akak ipar, dia tulis mintak tolong aku pujuk ayah p hospital. What?! Hospital? Kenapa nk kena pjuk ayah? Kenapa dengan ayah? Kenapa mak tak bagitau apa2 pon kat aku tadi? Akak cakap ayah demam teruk, dah 2-3 hari tak bangun, makan pon tak mau. Tahu lah aku yang mak tak nak aku runsing memandangkan tadi aku mengadu macam2 dengan mak pasal assignment lah, konflict zaman lewat remaja lah and so on.

Hurm, sepanjang aku hidup 21 tahun ni, tak penah aku nampak ayah demam seteruk ni. Macam-macam dah benda bukan2 aku fikir. Allahu, nangis. Yalah, ayah dah tua, 66 tahun dah umur dia, tapi dia masih kuat, masih boleh main badminton 3kali seminggu lagi ok. Then, aku pon sms kat ayah, pujuk dia bla..bla..bla..gaya berleter pon ada gak. Pastu, setiap hari la kot lepas tu aku kol mak, tanya khabar ayah..Tapi ntah la napa aku sendiri tak cakap phone sendiri dengan ayah. Aku dah tak ingat huhu..alhamdulillah, ayah dah semakin pulih :)

Suatu hari dalam kelas, aku dapat message dari ayah
"22hb apr. Mula demam. 2 hari 2 malam tak bangun, tak makan, tak minum, nak makan, tapi tak lalu. selepas tiga hari tak merokok, dan sehingga hari ini masih tak merokok. Alhamdulillah, ayah berjaya atasi merokok."
Terasa bahang basah pipi. Dalam diam, dalam kelas aku menangis, syukur. *ok, sekarang tengah taip nak nangis lagi*. Berita gembira! Alhamdulillah! Then balik rumah terus kol mak tanya kenapa ayah tak merokok dah. Pelik lah jugak sebab beliau perokok tegar kot! Mesti ada sebab jugak kan. Mak cakap, kata ayah, bila dia merokok, dia dah tak rasa sedap lagi serta bestnya merokok sejak demam hari tu :)

Well said, hikmah demam bagi ayah :)

Dulu penah baaannyyaakkk kali aku, mak, kakak, berleter kat ayah supaya berhenti merokok. Banyak kali ayah dengar leteran yang sama sampai aku rasa haisshh mustahil ayah nak berhenti. Mak dah kering idea nak buat macam mana lagi bagi berhenti. dulu penah mak sembunyikan kotak rokok, lighter la n macam2 la, lucu betul bila ingat balik hehe :D

Walaupon dulu ayah seorang perokok tegar sampai umur sekarang 66 tahun, tapi ALLAH itu Maha Kuasa kan. Allah ubah ayah daripada seorang perokok tegar menjadi pembenci rokok huhu i guess and i hope! InsyaALLAH :) Semoga ayah Allah permudahkan ayah untuk melupakan rokok laknatullah tersebut! Pls pray for my ayah :)

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: Jadilah!" maka terjadilah ia" [Yasin : 82]
Semoga ayah tak merokok lagi sampai bila2 :')

saya sayang ayah saya :')

Semalam, 21/5 dapat message dari ayah
"hari ini dah genap sebulan ayah tak merokok. Alhamdulillah"
Mata basah lagi. Syukur. :)

with love
nisahyusof


short entry for may 2013

assalamualaikum :)

ALLAHU, rindu sangat nak tulis kat sini. Corat-coret pengalaman sem4. Tapi tak sempat + agak malas hehe.

and pls check out this blog, IZNI ARIFAH, a friend of mine. Her thought, her writing is awesome! nanti nak request kt dia buat cerpen ala2 Hlovate! mesti best! :)

p/s : tak lama lagi dah nak study week, final exam and then balikkkk.. cant wait for another 31 days!